Noki K-Clique Kena Dem4m D3nggi Tahap Bahaya, Sekali Ada Netizen Suruh Noki Buat Macam Ni

Penyanyi Noki daripada kumpulan K-Clique berkongsi berita kurang senang apabila dia disahkan d3mam d3nggi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NOKI K-CLIQUE (@ikhwanlee94)


Menerusi hantaran di Instagram (IG), Noki, 27, memberitahu doktor mengesahkan dia menghidap d3nggi di tahap berbahaya.

Justeru, pemilik nama Ahmad Ikhwan Aji memohon agar orang ramai menitipkan doa untuk kesembuhan peny4kit yang sedang dialaminya sekarang ini.

Assalamuaalaikum.. keadaan saya sekarang denggi tahap berbahaya. Doakan kesihatan saya ya, semoga Allah lindungi kita semua dari segala peny4kit. Amin.

Sebelum ini, Noki berkongsi sekeping fotonya terlantar di atas katil sebuah pusat perubatan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar pemenang Anugerah Lagu ke-35 ini kembali sihat seperti biasa.

Malah, ada segelintir wargamaya yang mengingatkan Noki untuk perbanyakkan minum air kosong dan makan sup ketam.

Sumber: Instagram @ikhwanlee94 /OhBulan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *