Nizam Nak Bawak Watak Askar , Sekali Ini Sheilarusly Komen

Pasti ramai tahu pelakon kacak Nazim Othman sering kali tampil dalam drama berkisarkan percintaan, watak anak orang berada dan CEO syarikat.

Baru-baru ini, perkongsian Nazim menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memaparkan sekumpulan askar menamatkan latihan mereka. Nazim juga turut memaklumkan kepada pihak produser diluar sana bahawa dia bersedia untuk memegang watak sebagai askar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nazimothman (@nazimothman)

“Kepada para produser tersayang, selain watak sebagai anak CEO Megah Holdings, saya juga bersedia untuk memegang watak seperti ini. Pada masa akan datang, tolong pertimbangkan saya. Terima kasih,” katanya.

Perkongsian Nazim itu mendapat reaksi daripada pengarah dan penerbit, Sheila Rusly yang mengatakan akan menawarkan watak sedemikian.

Sheila sempat mengusik sama ada Nazim berani atau tidak untuk berdepan dengan Sarjan Qamar yang ganas dan Mem Maria, watak dalam drama bersiri Leftenan Zana terbitannya.

Komen Sheila itu dibalas oleh Nazim yang mengatakan dia juga boleh menjadi seorang yang ganas. Ujarnya, selama ini ramai sangkakan dia seorang yang lembik.

Sementara itu rata-rata netizen menyokong pelakon itu untuk mencuba watak yang jauh berbeza daripada karakter yang pernah dilakonkan sebelum ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: CARI FORUM

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *