“Ni Adalah Drama Bollywood 3 in 1” -Nyna Harizal & Suami Sudah Berbaik

gejolak rumah tangga bekas peserta Dewi Remaja 2019/2020, Nyna Harizal dengan suaminya Fahmi Ilyas nampaknya seakan sudah menemui jalan penyelesaian apabila pelakon tersebut telah kembali taat kepada suaminya.

Sebelum ini, pemilik nama  Nurul Hanynaa binti Harizal dimaklumkan telah menfailkan penceraian selepas suaminya meminta dia kembali taat ekoran dakwaan ‘diculik’ keluarganya ketika di set pengambaran.

Menerusi Mstar, pasangan tersebut telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dengan kenderaan yang sama bagi sebutan kes nusyuz yag difailkan Fahmi pada 12 November 2021.

Menurut peguam kepada Fahmi, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, hubungan rumah tangga pasangan ini berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz dibangkitkan.

Suami kepada pelakon wanita itu juga memaklumkan yang mereka akan menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan apa yang jadi dalam rumah tangga mereka menerusi sidang media terdekat.

“Apa yang peguam saya cakap adalah benar, kami akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat.”
“Kami akan jelaskan segalanya tentang situasi kami, kalau kamu minat drama Bollywood…ini adalah drama Bollywood 3 in 1.”
“Dekat sidang media nanti anda boleh tanya semua soalan yang ingin diajukan sebab mahkamah dah bagi perintah, kertas kerja akan siap petang ini atau esok,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon wanita itu pernah mengejutkan ramai apabila suaminya membuat laporan polis pada awal November memaklumkan yang Nyna telah ‘diculik’ oleh ahli keluarga isterinya dan dia sama sekali tidak dapat menghubungi selebriti tersebut.

Lebih mengejutkan, Fahmi telah menfailkan tuntutan untuk Nyna kembali taat sebelum pelakon itu menfailkan penceraian dan meminta dilepaskan secara baik oleh suami.

Suami kepada Nyna tidak menafikan ada campur tangan daripada keluarga mertua dalam rumah tangga mereka kerana sebelum peristiwa itu, mereka berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

 

Sumber: motifviral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *