Netizen Tegur Nora Danish Main Buih Dengan Suami

Sejak minggu lalu nama Nora Danish menjadi perhatian ramai. Selepas kontroversi berpakaian sendat ketika mendaki bukit, kali ini foto dikongsikan pelakon itu mengundang kecaman netizen.

Menerusi satu entri, Nora dilihat memuat naik beberapa keping foto sedang mandi buih di dalam tab mandi bersama suami, Nedim Nazri. Nora turut meletakkan ‘tag’ lokasi di sebuah resort popular di Langkawi.

Seperti sudah dijangka, foto tersebut dihujani dengan komen kec4man dan teguran daripada netizen yang beranggapan foto itu tidak sepatutnya ditontonkan kepada umum.

Malah, ada segelintir netizen mempersoalkan tindakan Nora sejak kebelakangan ini apabila memuat naik foto yang menimbulkan rasa kur4ng senang netizen.

Tidak kurang juga ada yang mengaitkan tindakan Nora dengan usianya yang bakal mencecah 40 tahun sepatutnya lebih matang sebelum berkongsikan sesuatu di media sosial. Bagaimanapun, selepas beberapa jam memuat naik, gambar itu telah pun dipadam.

Minggu lalu, Nora dikecam apabila berpakaian sendat ketika melakukan aktiviti mendaki bukit. Netizen berkata gambar tersebut kurang manis untuk dikongsikan apatah lagi dengan statusnya sebagai isteri dan ibu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:rotikaya

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *