Duduk Kerusi Penonton, Tidak Terjerit-Jerit… Netizen Puji Sikap ‘Humble’ Madammu, Bandingkan Dengan Penaja AJL Terdahulu

SIKAP merendah diri dan tidak terlalu menonjolkan diri membuatkan ramai penonton memuji penaja Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang dikenali sebagai Madammu.

Rata-ratanya membandingkan Madammu dengan usahawan sensasi yang lain seperti Datuk Seri Vida yang dilihat lebih kedepan mencvri perhatian penonton semasa menaja program hiburan sebelum ini.

Menyedari komen yang ditulis netizen di media sosial itu, Madammu atau nama sebenar Eriyca Baiduri Abd Rashid, 32, mengakui malu apabila menerima pujian sedemikian.

“Rasa malu pula bila orang cakap saya humble. Ya saya akui ramai komen membandingkan saya dengan penaja terdahulu tapi biasalah netizen ada sahaja komen mereka, saya terima pujian yang mereka beri itu dengan hati terbuka.

“Bagi saya, masing-masing ada cara tersendiri dalam memasarkan produk mereka tapi untuk saya cukuplah hanya jenama sahaja ke depan, saya ni hanya penaja sahaja dan kita ikut sahaja apa yang sudah diatur penganjur.

Madammu tak kekok duduk di kerusi penonton meskipun sudah disediakan ruangan VIP.

“Saya bukan artis atau penyanyi yang bertanding sampai perlu ke depan. Saya penaja jadi hanya duduk dan enjoy the show! Asalkan orang kenal produk saya itu sudah memadai,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Sebelum ini tular rakaman video memperlihatkan Madammu tidak kekok duduk di kerusi penonton dan menol4k untuk memberikan ucapan semasa acara berlangsung pada malam Ahad lalu.

Sebenarnya usahawan lain pun okay sahaja, mereka ada cara sendiri. Kami peniaga ni pun sama macam penyanyi, kena ada kreativiti masing-masing

MADAMMU

USAHAWAN

Sementara itu, pengasas produk kecantikan Noir ini berkata dia tidak memerlukan gim1k atau ‘drama’ bagi memasarkan jenama jualannya.

“Saya hormat setiap pengasas ada cara mearketing berbeza-beza, tapi ini cara jenama kami. Saya sebagai pengasas kena bawa nama ini mengikut cara kita sendiri.

Madammu enggan dikenali kerana gimik.

“Sebenarnya usahawan lain pun okay sahaja, mereka ada cara sendiri. Kami peniaga ni pun sama macam penyanyi, kena ada kreativiti masing-masing.

“Alhamdulillah, tanpa perlu menjerit-jerit pun orang kenal jenama saya. Inilah niat saya mahu bina jenama, tak mahulah kalau saya mati nanti dengan produk pun mati sekali,” ujarnya.

Pelukan Angkasa diangkat pemenang AJL36.

AJL36 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada Ahad lalu menyaksikan lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah diangkat menjadi juara edisi kali ini.

Lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishamuddin ini layak membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.

Sementara itu naib juara milik lagu Cinta nyanyian Marsha Milan dan tempat ketiga adalah Mimpi (Haqiem Rusli).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *