Neelofa Baik Pulih 21 Surau Di Kelantan Dengan Kos Sebanyak Ini

Baru-baru ini selebriti Neelofa memperuntukkan kos sebanyak RM500,000 menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa bagi membaik pulih 21 surau di negeri Kelantan.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, Noor Razlina Noor Mohamed berkata, surau-surau terlibat adalah di daerah Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok.

Menurutnya, sebanyak RM15,000 sehingga RM30,000 diperuntukkan bagi setiap surau berg4ntung kepada keros4kan dan k0s diperlukan untuk membaik pulih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)


“Surau yang hendak dibaik pulih ketika ini berada dalam keadaan daif, manakala surau akan dibina bagi yang sudah rosak 100 peratus,” katanya.

Difahamkan, selain Kelantan, Pertubuhan Kasih Neelofa turut membaik pulih surau di negeri-negeri lain termasuk di negeri Sabah.

 

SumberROTIKAYA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *