Nama Siti Sarah Diabadikan Pada Dewan Rumah Anak Yatim

PETALING JAYA – Harimau m4ti meninggalkan belang, manusia pergi pula meninggalkan nama.

Peribahasa tersebut sesuai menggambarkan penghargaan yang diberikan kepada Allahy4rham Siti Sarah apabila namanya diabadikan di sebuah ruang solat dan dewan sebuah rumah anak yatim Baitul Sakinah As-Shariff, Pelabuhan Klang.

Suami Allahy4rham yang juga pelawak, Shuib memberitahu Siti Sarah pernah menghulurkan sumbangan bagi pembinaan ruang solat dan dewan serbaguna di rumah anak yatim tersebut sekitar Julai tahun lalu.

“Hari ini 12 Mac (semalam), kali kedua datang ke Baitul Sakinah As-Shariff tetapi bersama mentua dan anak-anak. Kali pertama datang ke sini pada 25 Julai 2021 bersama arw4h isteri tercinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


“Arw4h terlalu seronok bertemu anak-anak yatim di sini. Kemudian dia diberi peluang untuk memberi sumbangan bagi menyiapkan mussolla (ruang solat) dan dewan serbaguna yang ketika itu baru 70 peratus siap,” katanya dalam satu entri Instagram.

Dalam hantaran Instagram, Shuib dilihat hadir ke rumah anak yatim tersebut bersama tiga anaknya dan turut ditemani ibu bapa mentuanya, Raisuddin Hamzah dan Siti Fatimah Suberi.

Bagaimanapun, hasrat untuk melihat ruang solat dan dewan tersebut tidak kesampaian selepas dia disahan men1nggal dunia akibat Cov1d-19 pada 9 Ogos tahun lalu.

“Arwah nak sangat menyumbang sebab mahu lihat ruang solat dan dewan ini untuk kegunaan anak yat1m serta orang Kampung berhampiran tetapi hari ini, bila semuanya sudah siap, arwah sudah pergi selama-lamanya.

“Tetapi rezeki arw4h, dia diberi penghormatan apabila nama ruang solat dan dewan ini meletakkan nama Sarah serta digabungkan dengan dua nama lain iaitu Musolla dan Dewan Serbaguna Sarah Muslim al-Attas,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Kosmo

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *