Mimi Lana Dah Sedia Bergelar Isteri, Akan Kongsi Apabila Tiba Masa

Pelakon Mimi Lana berkata dia sudah bersedia untuk bergelar isteri pada bila-bila masa namun enggan meletakkan sasaran waktu untuk mendirikan rumah tangga.

Kata Mimi, dia menerima jika ditakdirkan untuk berkahwin dalam masa terdekat serta percaya dengan perancangan Allah.

“Perancangan kahwin tak berani la nak cakap benda itu sebab kita ni hanya mampu merancang sahaja… benda tak jadi lagi kan, InsyaAllah kalau dah sampai masa kita akan beritahu semua orang.

“Soal jodoh ini kerja Tuhan, kalau saya letak sasaran waktu tapi jodoh tu tak sampai pun tak boleh juga. Kalau dah tertulis jodoh, esok pun saya boleh kahwin,” katanya.

Dalam pada itu, Mimi berkata dia tidak akan berahsia mengenai berita baik itu dan akan kongsikan kepada peminat apabila tiba masanya nanti.

“Saya tak rasa akan sorokkan benda itu (perkahwinan), kalau betul-betul dah nak jadi kami akan beritahu semua orang.

“Saya ikut sahaja apa yang akan berlaku, apabila tiba masanya, kami akan beritahu kepada semua, tengoklah macam mana keadaan itu nanti,” katanya.

Terdahulu, Mimi dan Syafiq Kyle dikatakan putus pada Mei 2020 selepas lima tahun bercinta. Bagaimanapin, pada Jun tahun lalu, Mimi mendedahkan kembali menjalin hubungan cinta dengan Syafiq.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Rotikaya

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *