“Macam Ni Tak Kira Hip0krit Ke?”, PU Riz Terima Tawaran Berlakon Lepas Menang Anugerah

Baru-baru ini, pendakwah bebas, PU Riz meraih anugerah Gandingan Serasi Filem Popular pada Anugerah Bintang Popular Ke-34 (ABP34) menerusi lakonannya bersama pelakon dan penyanyi Wanna Ali dalam filem Ada Apa Dengan D0sa.

Menerusi laporan media tempatan, suami kepada usahawan tersohor Neelofa itu memberitahu bahawa dia tidak menol4k jika ditawarkan untuk berlakon pada masa akan datang.

Menurut pemilik nama lengkap Muhammad Haris Mohd Ismail itu, kemenangan pertamanya pada majlis anugerah berkenaan tidak sama sekali menjadi noktah terhadap karier seninya.

Bagaimanapun, kongsi PU Riz, pilihan watak yang sesuai adalah perlu agar naskhah yang dibintanginya sentiasa berlingkar pada paksi kisah dakwah dan berkonsepkan Islamik.

Dalam pada itu, PU Riz turut menjelaskan yang dia tidak mahu terus menghilangkan diri daripada radar seni hiburan. Katanya, dia kini sibuk memikul tanggungjawab bertugas sebagai guru sementara selain mengelol4kan perniagaannya.

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen di sebuah forum hiburan, ada yang menyifatkan kenyataan PU Riz sebagai bertentangan dengan aktiviti dakwah yang sering dilakukannya seharian.

“Macam ni tak kira hip0krit ke? Kemain nasihat orang kiri kanan tapi kau lepas dapat award, terus nak berlakon dunia lagho balik. Buat malu jelah dia ni,” tulis seorang netizen.

Sementara itu, ada yang menyifatkan PU Riz sebagai seorang individu yang gil4 gl4mor.

“Pigidah kau memang gila glamor. Nak masuk Hero Remaja tak dapat kan,” ulasnya.

Selain itu dikritik tentang dunia lakonan, kemampuan PU Riz dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru sementara turut dipersoalkan. Ujar netizen, gaya bahasanya dalam bahasa Melayu agar carca m4rba dan tunggang langgang.

Untuk rekod, PU Riz bergelar guru sementara di sebuah sekolah menengah di ibu kota dan mengajar subjek Bahasa Inggeris serta Pendidikan Islam jika diperlukan

KUALA LUMPUR: Kali pertama digandingkan dalam filem bercorak drama Islamik, Ada Apa Dengan Dosa, PU Riz dan Wanna Ali membolot trofi kategori online, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Penampilan sulung Riz yang juga suami Neelofa di layar perak dengan Wanna yang julung kali ditawarkan watak utama dalam filem, ternyata berbaloi.

Riz atau nama sebenar, Haris Ismail menyifatkan trofi dimenangi sebagai suatu pengiktirafan.

“Terima kasih ABPBH 34 dan BH kerana memberikan pengiktirafan melalui majlis ini. Walaupun ramai calon lain lebih hebat, tapi rezeki berpihak kepada saya dan gandingan filem ini,” katanya kepada BH Online.

Riz berkata, skrip filem Ada Apa Dengan Dosa dihasilkan bersama bekas wartawan, Rudy Imran Shamsuddin.

“Saya memfokus bahagian skrip yang berat dan memerlukan perhatian mereka yang lebih arif terutama dalam soal agama. Saya rombak dan tulis semula.

Riz atau nama sebenar, Haris Ismail menyifatkan trofi dimenangi sebagai suatu pengiktirafan. – Foto NSTP
“Bagaimanapun, tunjang skrip iaitu kira-kira 80 peratus ditulis Rudy,” katanya.

Sementara itu, Wanna Ali terkejut memenangi kategori berkenaan.

“Semoga kejayaan ini dapat membuka pintu rezeki untuk saya. Ini filem kelima yang saya lakonkan tetapi yang pertama membabitkan peranan utama.

“Empat filem terdahulu saya membawa watak pembantu iaitu Aku Ada Kau Ada, Tokan, Bopeng dan Coast Guard,” katanya.

Filem Ada Apa Dengan Dosa arahan Rahila Ali sepatutnya ditayangkan di pawagam, September tahun lalu. Namun, berikutan pandemik COV1D-19, filem itu ditayangkan di Astro First, Jun tahun lalu.

Gandingan Riz dan Wanna mengalahkan calon lain, Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose (Jebat), Syafiq Kyle dan Mimi Lana (Saka Nan Sepi), Nabil Aqil dan Ika Nabella (Takut Ke Tak) dan Syahmi Sazli dan Emaleen Minhad (Mael Totey The Movie).

Pu Rizz ada berkongsi pengumuman tersebut di IG Sorty beliau

Terdahulu Rosyam Noor pernah puji  Pu Rizz dan Neelofa pasangan serasi

Pada Mac lalu pernikahan antara usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa yang sah bergelar isteri kepada PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail telah menamatkan segala spekulasi mengenai mereka.

Tidak terlalu mendedahkan kisah mereka kepada umum mengundang berita penikahan Neelofa dan jejaka pilihan hatinya itu mendapat perhatian meluas di media sosial.

Walau bagaimanapun, melihat pasangan bahagia ini di satu rakaman video menerusi IG Live Sembang Viral bersama Datuk Rosyam Nor dan Haris Ismail membuatkan pujian pelakon terkenal itu mencuri tumpuan umum.

Perkongsian semula di aplikasi, TikTok itu pada awalnya memaparkan Datuk Rosyam Nor dan Haris Ismail namun tiba-tiba muncul isterinya, Neelofa mengundang warganet juga tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan bagai pinang dibelah dua ini.

Kata-kata pujian Rosyam Nor buat Neelofa dan Haris Ismail yang mengatakan bahawa mereka adalah pasangan serasi dan mengulang kata-katanya itu lalu video terbabit ditonton 1.6 juta kali di ruangan aplikasi tersebut.

Melihatkan video itu juga netizen diruangan komen membanjiri dengan pelbagai reaksi positif terhadap pasangan selebriti dan usahawan ini sehingga mereka hangat mendapat perhatian sekali gus menerima ribuan tanda suka ramai di hantaran video tersebut.

“Aku tak sabar tengok muka anak dia…”

 

SumberGempak/ newsline21

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *