
” Saya kcewa. Cerita sebenarnya mana ada saya berjanji pun..”
Demikian luahan penyanyi XPDC, Mael yang kcewa dengan tndakan bekas pemain dram May, Man yang mengambil video rumahnya di Muar, Johor untuk ‘content’ (kandungan) saluran YouTube tanpa kebenarannya, baru-baru ini.
Mael yang juga bercadang mengambil tndakan undng-undng terhadap Man berkata, dia tidak pernah menyatakan persetujuan membenarkan Man mengambil video berkenaan untuk kandungan YouTube.
” Man kata nak datang Muar jumpa saya. Saya cakap jumpa di luar tak sangka dia nak buat ‘content’ untuk YouTube.
” Saya tak terfikir pun dia nak datang rumah. Dia minta kongsi lokasi tapi saya cakap datanglah bandar Muar dan sampai di situ kita jumpalah di mana-mana.
” Kami memang tiada masalah antara satu sama lain kerana kenal lama dari zaman muda sampailah sekarang,” katanya kepada Harian Metro.
Mael berkata, dia kcewa dengan cara Man kerana ketika itu dia sedang mengalami semput selain batuk dan selesema.
” Saya terfikir nak jumpa dia dua, tiga hari selepas itu. Tak sangka dia nak terjah macam itu. Saya kecewa bila dia rakam. Saya difahamkan ramai juga yang bengang dengan dia.
” Saya percaya apa yang dilakukan bukan atas permintaan peminat tapi atas matlamat cari wang. Jangan bagi alasan bod#h.
” Dah berusia begini tak payahlah bagi alasan remeh,” katanya kepada HarianMetro.
MAEL (dua dari kiri) kecewa dengan tindakan Man yang dilihat seperti ada niat lain.
Mael berkata, tindakan Man itu seolah-olah mahu mengaibkannya, lebih-lebih dia membawa seorang lelaki dari Ipoh yang iras Mael kononnya itu ‘Klon Mael’.
” Nampak ada agenda dan rencana dia. Rasanya dia tahu tak dapat jumpa saya ataupun dia tahu benda ini saya tak setuju,” katanya.
Menurut Mael, sekiranya diberitahu awal, temubual boleh dibuat, namun janganlah melanggar privasi apabila menayangkan video rumah pusaka keluarganya sehingga mengejutkan ahli keluarganya yang lain.
” Saya ada privasi keluarga yang perlu dijaga. Kita rasa ada hak kita yang tak boleh dikongsi dengan orang. Saya tak tahu niat dia.
” Saya tak boleh cakap banyak kerana sudah serahkan kepada peguam untuk tndakan seterusnya. Mungkin boleh buat sa.man maIu dan selepas ini akan ada sidang media lanjut,” katanya.
Mael berkata, dia juga bengang apabila Man menerusi video di YouTube mendkwa dia lari ke hutan apabila Man tiba di rumahnya.
” Ini semua tudvhan liar sampaikan orang hntam saya. Macam sengaja nak maIukan saya. Apa niat dia sebenarnya?,” katanya.
Mael berkata, rakaman itu sepatutnya boleh dibatalkan dan mungkin boleh dibuat hari lain.
” Orang yang bawa dia ke rumah saya pula sebenarnya ada masalah dengan saya. Nampak macam ada yang tak kena. Kalau buat cara yang betul jumpa, borak di luar saya tak kisah pun.
” Pada hari rakaman, saya memang ada di rumah bersama anak saudara saya. Saya baru lepas makan ubat dan nak berehat serta tidur di bilik.
” Ketika hampir terlelap, terdengar bunyi kereta. Anak saudara ada di ruang tamu, tapi selepas itu dia tutup pintu kerana nak keluar rumah ada urusan.
” Saya pula semasa dengar orang bagi salam, memang dah tak berdaya untuk bangun atau jawap panggilan telefon,” katanya.
Mael berkata, Man tidak sepatutnya berbuat demikian dan apa yang dilakukan itu bertujuan menarik pengikutnya sehingga mengabaikan etika.
Man pula beritahu dah hubungi Mael
Terdahulu, Man ketika dihubungi HarianMetro mendakwa dia mendapat persetujuan Mael untuk merakamkan video di rumah Mael.
Man juga menjelaskan dia mahu menemubual Mael atas permintaan pengikutnya di YouTube.
Antara lainnya Man berkata dia sudah menghubungi Mael menerusi mesej WhatsApp sebelum itu berhubung niatnya untuk berjumpa dengan Mael.
” Saya dah hubungi Mael menerusi mesej WhatsApp sebelum itu. Dia kata kurang sihat dan minta datang esoknya. Jadi keesokannya, saya terus ke Muar, Johor tanpa menelefonnya.
” Tiba di Muar, saya tak tahu rumahnya. Dia suruh saya tunggu tepi jalan kerana nak masuk ke rumahnya memang susah.
” Saya fikir kalau tunggu tepi jalan, agak mengelirukan kerana terdapat banyak simpang. Saya tak jadi tunggu tepi jalan,” katanya kepada Harian Metro.
Dia kebetulan mempunyai rakan di Muar yang tahu rumah Mael dan rakan ini membawanya ke rumah terbabit.
” Sebaik sampai di rumah itu, Mael memang ada dekat tingkap. Saya dah keluar dari kereta, dia jenguk dari celah tingkap.
” Saya nampak dia terus tutup tingkap dan pintu terus keluar ikut belakang atau pintu lain saya tak pasti.Yang pastinya dia nampak saya datang.
” Memandangkan saya dah sampai, saya pun buat ‘content’ YouTube saya. Dia pun tahu saya datang hari itu.
” Memang saya dah beritahu dia nak dia cerita berkenaan XPDC, mengenai perjalanan muzik dan sebagainya. Bila dia kata okey saya pergilah,” katanya.
Man mengakui terkjut apabila perkaralain pula terjadi, malah dia didakwa ‘terjah’ rumah Mael tanpa kebenaran.
” Sebenarnya bukan terjah. Saya tak pernah buat ‘content’ sebegitu dan semua orang akan dimaklumkan oleh saya sebelum datang.
” Takkan saya ‘giIa’ untuk buat begini kerana nanti ganggu orang. Ingat senang nak terjah Muar kerana saya dari Ipoh dan kosnya bukan murah. Kalau dia tak setuju saya pun takkan datang.
” Orang-orang yang komen, memang tak tahu hal sebenar dan anggap cara saya tak betul. Dalam ‘content’ saya pun bukan nak tunjuk keburukan,” katanya.
Man minta maaf dengan Mael XPDC
Kuala Lumpur: Bekas pemain dram kumpulan May, Man memohon maaf kepada penyanyi Mael XPDC selepas dia didakwa mengambil video rumah Mael di Muar, Johor untuk ‘content’ (kandungan) saluran YouTube tanpa kebenarannya, baru-baru ini.
Man yang kini anggota kumpulan Max berkata, dia tidak berniat untuk mengaibkan Mael dengan memuat naik video berkenaan di YouTube.
“Saya, Man Max ingin memohon maaf kepada sahabat saya iaitu Mael XPDC dan keluarganya atas salah faham yang berlaku sewaktu saya membuat kandungan YouTube berkaitan terjahan di rumahnya. “Tindakan saya memuat naik video ke saluran YouTube saya membuatkannya marah kepada saya. Saya tiada niat untuk mengaibkannya,” tulisnya di Facebook.
Menurut Man, dia juga membuat kandungan itu untuk memenuhi permintaan peminat Mael dan pengikut saluran YouTubenya.
“Niat saya hanyalah untuk menunaikan permintaan peminat yang mahukan perkembangan Mael di saluran YouTube saya. Saya tak mahu lagi kisah ini berpanjangan kerana saya dan Mael adalah sahabat,” katanya.
Man berkata, dia juga bersedia untuk bertemu dengan Mael untuk memohon maaf jika penyanyi itu memberi ruang kepadanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Man mendakwa dia mendapat persetujuan Mael untuk merakamkan video di rumah Mael. Namun, apabila tiba di situ, Man mendakwa Mael seperti cuba melarikan diri mengikut pintu belakang sejurus selepas melihat dia tiba di kawasan rumahnya.
Mael ketika dihubungi pula mendakwa dia tidak pernah menyatakan persetujuan membenarkan Man mengambil video berkenaan untuk kandungan YouTube.
Bekas pemain dram May, Man.
Sekilas info Mael dan kumpulan XPDC
Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail bin Syed Ibrahim yang berasal dari Muar, Johor dikatakan individu penting penubuhan kumpulan XPDC.
Difahamkan Mael merupakan individu yang mengasaskan kumpulan Tragedy sebelum akhirnya ditukarkan kepada XPDC, pada tahun 1986.
Nama kumpulan Tragedy yang pada mulanya diasaskan oleh Mael kemudian atas nasihat J. S kevin, nama Tragedy ditukarkan kepada XPDC. Justeru J. S kevin selaku pengasas nama XPDC.
Sewaktu awal penubuhan, XPDC dianggotai oleh Mael (Vokalis), Izo (Gitaris), Man Tobey (Bassis) dan Yazid (Drum).
Kemudian dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zuar Apache.
Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee Space mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini.
Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan Handy Black. Dalam album studio Darjah Satu, Amy bermain dalam semua lagu album studio itu. Lee Space kemudian menyertai kumpulan Def Gab C.
Yazid (“Wak Kang”) yang pernah menjadi pemain drum XPDC kemudian menggalas tugas sebagai pengurus kumpulan XPDC.
Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja “C.I.N.T.A” ciptaan Z. N. Kevin dan lirik oleh J. S Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC.
Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kntroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur.
Lebih uniknya album Brutal yang dipasarkan pada tahun 1997 (album terakhir Mael bersama XPDC) telah terjual melebihi 350, 000 unit. Ia satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC sehingga kini.
Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa).
Ali telah mula menggantikan Mael untuk persembahan pentas pada sekitar tahun 1997 tidak lama selepas album Brutal dikeluarkan dipasaran.
Selepas itu, Mael dengan bukan rela hatinya meninggalkan XPDC atas sebab-sebab dalaman dan konsert XPDC menggunakan Ali sebagai penyanyi.
Amy terlibat dalam satu kemalangan jalanraya menyebabkan kaki beliau mengalami kecderaan serius. Lola yang ditemui oleh XPDC bersetuju menjadi pengganti Amy buat sementara.
Ramai pihak dan peminat menobatkan XPDC adalah kugiran rock No. 1 Malaysia secara impak selepas era kegemilangan kugiran Search dan Wings.
Selepas pelbagai kntroversi dan episod anggota yang silih berganti, kumpulan XPDC kini telah berpecah belah menjadi dua kugiran yang berbeza pada hari ini.
XPDC pertama dikenali sebagai XPDC Kita Peng Yu yang diketuai oleh Mael (penyanyi), Zuar (bass), Amy (dram) dan Jeff (gitar).
Sementara satu lagi XPDC pula dikenali sebagai XPDC Militia yang diketuai oleh Izo (gitar, Ali (penyanyi), Eddie (bass) dan Lola (dram).
Sumber:hemtr0
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: trendingsangat
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.