Koleksi Tudung Fazura ‘Sold Out’ Dalam 45 Minit, Rakan Bongkar Rahsia Kejayaannya

Rakan perniagaan pelakon popular, Nur Fazura iaitu Hafiz Nassir mendedahkan rahsia kejayaan di sebalik sambutan luar biasa koleksi tudungnya yang habis dijual sebanyak 200,000 helai dalam tempoh 45 minit di platform beli-belah dalam talian, semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, dia menyatakan rasa kagum terhadap keperibadian dan semangat pelakon berusia 38 tahun itu yang memberi komitmen sepenuhnya dalam setiap perkara dilakukan.

“Apa yang saya nampak dia seorang yang menjaga solatnya. Walaupun sibuk dengan penggambaran yang kadang-kadang memakan masa hampir 10 jam, tapi solat menjadi keutamaannya selain memastikan auratnya sentiasa terjaga. 
“Selain itu, satu perkara yang saya cemburu adalah dia tidak suka berkongsi kebaikan yang dilakukan seperti amalan sedekah…
“atau bantuan yang dihulurkan kepada golongan memerlukan. Seboleh mungkin dia enggan orang ketahui niat baiknya itu,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Menurut Hafiz, dia juga tidak menafikan sokongan suami tercinta, Fattah Amin yang sentiasa berada di sampingnya turut membantu kepada kejayaan besar Nur Fazura.

“Bagi saya, dia adalah wanita yang sukakan misteri. Dia tidak akan berkongsi sesuatu projek selagi belum dilancarkan…
“bagi mengelak segala perkara negatif atau perasaan yang tidak baik. Dia lebih selesa bersaing dengan dirinya sendiri,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Terdahulu, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin berkongsi satu video di laman Instagram meluahkan rasa syukur apabila koleksi terbaharu tudungnya habis dijual dalam masa sejam sahaja.

 

Sumber : Harian Metro (Najiy Jefri) , Instagram Hafiz Nassir & Fazura

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *