
Menerusi halaman Instagram Story Fizo Omar, beliau ada berkongsi semula antara detik-detik pernikahan bersama isteri kesayangan.
Apa yang menarik perhatian adalah, ketika majlis akad nikah itu berlangsung, isterinya Fazeera kelihatan sedang me.nitis.kan air mata disamping ibu mertuanya dan juga anak perempuan kepada Fizo Omar, iaitu Maryam.
Keri.sauan Maryam menanyakan keadaan Fazeera , mengapa mummynya itu menan.gis sungguh menyentuh hati. Maryam kelihatan begitu prihatin walaupun masih kecil. Dia memberikan pelukan kepada Fazeera untuk menenangkan mummynya.
Disamping itu, umum mengetahui ketika ini Fizo Omar sedang bercuti bersama keluarganya dan ada mengatakan pasangan ini sedang pre-honeymoon. Baru-baru ini Fizo ada berkongsi gambar bersama isterinya dan turut mendapat perhatian ramai adalah kejelitaan isteri kesayangannya itu. Rata-rata memuji wajah Fazeera dan ada yang mengatakan rupa paras pasangan romantis ini seakan-akan sama.
Selain daripada itu, antara momen yang di kongsi pada laman sosial Fizo apabila mereka yang sedang bercuti di Pulau Redang dan singgah di kedai keropok lekor Terengganu yang lazimnya memang terkenal dengan hidangan tersebut. Sikap merendah diri Fizo amat disenangi ramai pihak. Fizo juga begitu mesra melayan pemilik kedai disana.
Min mendoakan agar Fizo dan keluarga dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Juga, semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat.
Sumber:Instagram Fizo,http://news492media.com/
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.