“Kerja Saya Jual B3dan, Memang Kena Tunjuk Satu-Persatu..”- Sharifah Sakinah

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Sharifah Sakinah memaklumkan dia tidak akan sewenang-wenangnya menerima permintaan rakan baharu di Instagram.

Jelas pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka The Series itu, permintaan hanya akan diterima selepas mendapat keizinan suaminya, Michael Hansen.

“Saya akan tapis permintaan ya. Kalau suami saya tidak terima.

“Kerja saya jual badan, nak tunjuk satu per satu otot memang kena tunjuk avrat.

“Kalau nak buat permintaan juga jangan menilai. Kalau nak ilmu, sila ikut. Jelas?,” ujarnya.

Selain memuat naik status dan gambar segelintir yang mahu menjadi kawan aktres itu di IG, Sakinah turut mengulang siar hal tersebut di profil akaunnya.

Ramai yang bersetuju dengan tindakan aktres tersebut. Beberapa rakan selebriti termasuk kakaknya, Sharifah Shahirah tampil memberi komen.

“Sudah private, ya bagus juga ya,” komen Shahirah.

“Aye aye chip (tanda faham),” komen Nad Zainal.

Ya, kami sudah berkahwin

Pelakon dan selebriti media sosial, Sharifah Sakinah, 32, mengaku dia sudah pun bergelar isteri kepada seorang lelaki warganegara Sweden, Michael Hansen,42.

Namun begitu, kata Sakinah, perkahwinannya dengan lelaki tersebut tidak dapat diuar-uarkan kerana terpalit dengan beberapa isu sensitif meliputi isu peribadi dan agama.

“Terima kasih kepada pasangan yang juga suami saya, Ya, kami sudah berkahwin, memandangkan ramai yang tanya.

“Jadi buat mereka yang tertanya-tanya kenapa kami tak hebahkan mengenai perkahwinan ini, ia kerana ada beberapa isu peribadi selain membabitkan isu agama,

“Kami tak nak gembar-gemburkannya. Tetapi sekarang ya, kini sudah rasmi. Tak payah tanya lagi okay? Terima kasih dan sayang semua,”katanya.

Sakinah berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik semalam di Instagram.

Pada 5 Mac 2021, sebuah portal hiburan telah melaporkan sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya itu yang dikenali sejak tiga tahun lalu.

Malah, menerusi kenyataanntya, Sakinah juga mend3dahkan dia akan mendirikan rumah tangga dengan Michael pada bulan Mei tahun lepas kerana dalam masa yang sama mahu meraikan bulan kelahiran Michael.

Untuk rekod, sebelum ini Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang bernama Aliff Adha pada tahun 2015.

Bagaimanapun rumah tangga tersebut gagal diselamatkan selepas dilaporkan dilanda badai yang kemudiannya turut menyaksikan kedua-duanya membuat keputusan untuk bercerai.

Hasil perkahwinan tersebut, Sakinah dan Aliff dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha yang kini berusia lima tahun

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://printlyrics.net/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *