
Kuala Lumpur: Penyanyi dan pengacara Nana Mahazan membuat kejvtan dengan menghadiahkan ibu bapanya kereta Proton X70 yang dianggarkan bernilai lebih RM95,000.
Hadiah itu diberikan sempena menghargai jasa dan pengorb4nan orang tuanya itu.
Nana berkata, sebelum ini ibunya pernah memperkatakan mengenai kereta berkenaan sekali gus dia terdetik untuk merealisasikannya.
View this post on Instagram
“Berkongsi dengan semua bukan niat menunjuk jauh lagi ri4k. Moga kita sama-sama dapat teruskan usaha kita untuk menggembirakan ibu bapa kita.
“Jangan pernah mengalah dan penat. Berusahalah untuk sentiasa memberikan yang terbaik. Bukan hasil saja yang dipandang, usaha lebih jauh dihargai. Tiada apa-apa pekerjaan kalau kita buat kerana Allah dan untuk menggembirakan yang kita sayang, tiada yang sia sia,” katanya yang berkongsi video kejutan di Instagram miliknya.
Menurut Nana, dia turut mendoakan agar semua pihak yang menyaksikan rakaman video terbabit semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan untuk membalas jasa kedua ibu bapa.
“Saya doakan semua yang menonton dilimpahkan rezeki, diberikan kemampuan untuk berkhidmat kepada ibu bapa dan insan yang kita sayang.
“Kepada mak dan abah, Nana bersyukur dapat keluarga yang amat menyokong, ‘cool’ dan terbaik. Terima kasih mak dan abah sebab selalu percaya dengan Nana. Terima kasih juga buat suami atas restu dan sokongan. Tidak dilupakan kepada adik-beradik, keluarga, pasukan saya dan sahabat-sahabat yang selalu mendoakan. Semoga semua yang baik-baik berbalik pada kalian,” katanya.
Komen peminat
Sumber:HM
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.