Kec0h Tauke Jambu Did4kwa Kahwin Lagi? Sekali Benda Lain Yg Netizen Perasan

PETALING JAYA – Nama pelawak sensasi Tauke Jambu sekali lagi menjadi bahan buah mulut ramai selepas sebuah video memaparkan dia didakwa bernikah dengan seorang wanita bernama ‘Shu’ tular dalam media sosial semalam.

Dakwaan tersebut tercetus selepas seorang pengguna TikTok @piddyys memuat naik sebuah video seorang wanita mengucapkan tahniah kepada Shu atas pernikahannya hari ini.

Turut kelihatan dalam video sama ialah Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 45, yang lengkap memakai persalinan baju Melayu berwarna putih sedondon dengan wanita terbabit.

“Yang bertanya sama ada itu Tauke atau tidak, ya memang dia. Kita doakan yang baik-baik sahaja,” tulis pemilik video tersebut dalam ruangan komen sekaligus menjawab pertanyaan ramai.

Sementara itu, menjengah ruangan komen, netizen mula membanjirinya dengan ucapan tahniah dan mengakui turut berasa terkejut dengan pernikahan tersebut.

“Susah nak percaya. Adakah ini hanya penggambaran atau dia berpoligami?,” komen netizen.

“Wah! Tauke kahwin lagi. Kalau betul cerita ini, Alhamdulillah,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Tidak kurang juga ada yang mula mempertikaikan dengan mengira bilangan perkahwinan Tauke sebelum ini.

Untuk rekod, Tauke pernah menafikan dia mencer4ikan isterinya, Nadia Mohd Effandi menerusi rakaman suara yang dihantar dalam aplikasi WhatsApp seperti didakwa isterinya pada Januari 2019.

Difahamkan, keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada kehadiran orang ketiga dan mula ber4ntakan selepas bekas kumpulan pelawak Jambu itu didakwa cur4ng dengan seorang wanita.

Tauke dan Nadia mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Zamatul Khayla Aydina kini berusia tiga tahun.

Terdahulu, namanya pernah terpalit dengan kontro.versi apabila mengaku ditah4n oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pemerd4gangan m4nusia sekitar Ogos lalu.

Kemudian, pada 24 Ogos lalu, polis mengesahkan seorang pelawak yang sebelum ini ditahran kerana disyaki terbabit dengan kes tersebut pada awal Ogos lalu tidak didakwa di Mahk4mah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Malah, Tauke juga berharap masyarakat berhenti mengecopnya sebagai bapa ay4m seperti yang dilabel oleh orang ramai. – K! ONLINE

KOMEN NETIZEN :

Sumber: bartasangbad.site

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *