
Gara-gara membuat parodi di Tik Tok, bekas madu Izreen, Intan Saleh diserang oleh beberapa netizen yang menyatakan bahawa Intan masih tak move on.
Dengan ayat “Kau cantik? Rampas hak orang tak? Rampas? Lemah!” mendapat pelbagai reaksi daripada netizen hingga Intan membuat beberapa video bagi menjelaskannya.
@intanroxssaleh##forfunonly♬ original sound – Nurhayatitahirr
Rentetan ada yang menyatakan Izreen sudah meminta maaf kepadanya dalam program Melodi, Intan bertanya kembali siapa yang minta maaf dan menyatakan video tersebut sekadar berhibur.
@intanroxssalehReply to @moksuadik♬ original sound – intanroxssaleh
Netizen lain turut bersetuju dengan Intan. Kadang-kadang mereka yang menasihatkan itu bukannya berada di tempat mereka yang di rampas.
Ada yang terasa tak?