“Katanya, Dia Bekerja Di Riyadh, Arab Saudi” Ada Benda Jadi Kat Ebby Yus Sampai Dia Nak Cari Jururawat Dalam Kapal Terbang

SELEPAS mengalami serangan jantung di dalam kapal terbang Oktober lalu, keadaan kesihatan pelawak Ebby Yus kini semakin baik.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 65, mengakui keadaan kesihatannya tidak menentu dan perlu diberi perhatian serta sentiasa berjaga-jaga.

“Sebelum ni tak pernah jadi macam tu, ada la kadang-kadang sakit dada tapi tak ada la sampai tak sedarkan diri.

“Kesihatan saya tu memang lama dah on off. Kalau kita jaga ok la, kalau tak jaga itu yang menjadi kurang ok la.

“Tapi sekarang ni syukur Alhamdulillah la kalau nak dibandingkan dengan keadaan saya ketika pergi umrah Oktober lalu,” katanya kepada mStar.

Ebby Yus akui keadaan kesihatannya tidak menentu.

Ebby Yus ditemui ketika majlis pelancaran program realiti terbaharu Mencari Sepahtu Yang Hilang di The Summit 1, VE Hotel, The Vertical, Bangsar South, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum ini, Ebby Yus pernah mendedahkan dia dimasukkan ke hospital di Maldives akibat serangan jantung di atas kapal terbang sebelum tiba di Makkah bagi menunaikan umrah.

Dalam pada itu, Ebby berkata sebelum ini dia membuat rawatan susulan berhubung sakitnya di Institut Jantung Negara (IJN) dengan bantuan pihak kerajaan namun kini terpaksa merujuk ke hospital lain.

Kesihatan saya tu lama dah on off, kalau jaga okey la.
“Sejak balik sini, saya belum jumpa doktor lagi… hanya di Maldives tu saja la. Saya memang dah lama makan ubat secara berterusan, doktor kata memang effect pada jantung.

“Insya-Allah saya memang dah ada temu janji bersama doktor untuk pemeriksaan jantung pada Januari tahun hadapan.

“Sebelum ini memang ada buat pemeriksaan di IJN dengan bantuan kerajaan tapi sekarang terpaksa tukar hospital lain,’ ujarnya.

Ebby Yus cari jururawat selamatkan ny4wanya dalam kapal terbang

Terdahulu pelawak dan pelakon, Ebby Yus, memuat naik hantaran di laman sosial Instagram (IG)nya mencari seorang jururawat yang merawatnya ketika dalam penerbangan ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah pada Oktober lalu.

Ebby berkata, jururawat tersebut telah menyelamatkan nyawanya selepas dia pengsan akibat ser4ngan j4ntung sebelum pesawat berhenti transit di Maldives.

“Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menolong saya. Beliau telah menyelamatkan nyawa saya.

“Jika tidak kerana tindakan cepat beliau, saya pun tidak tahu apa yang akan berlaku,” katanya.

Terdahulu, Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, meminta jururawat tersebut supaya menghubunginya menerusi Instagram jika terbaca pesanan ditulisnya.

“Assalamualaikum. Saya ingin mencari jururawat yang pernah membantu saya ketika saya sakit di dalam penerbangan sewaktu perjalanan menunaikan ibadah umrah.

“Katanya, dia bekerja di Riyadh, Arab Saudi. Minta tolong hubungi saya (DM) ya. Terima kasih,” tulisnya.

Ebby pada Oktober lalu diserang sakit jantung selepas pesawat dinaikinya mengalami gegaran kerana ‘air pocket’ dan jatuh pengsan.

Pelakon senior itu kemudiannya ditahan di sebuah hospital di Maldives sehari dan memohon untuk keluar dari wad selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk kos perubatan yang tinggi.

Perkara tersebut menyebabkan Ebby terlepas peluang untuk menyertai jadual rombongan umrahnya seperti yang dijadualkan kerana terpaksa tinggal di Maldives selama tiga hari lagi sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah pada hari kelima.

 

Sumber: trendingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *