Kasih Kakak Pada Adik, Sanggup Hadiah Gelang Emas RM25,000

PETALING JAYA – Setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam menghargai dan membahagiakan adik-beradik mengikut kemampuan diri sendiri.

Baru-baru ini tular di media sosial satu klip video memaparkan kisah seorang kakak yang menghadiahkan seutas gelang tangan emas berharga RM25,000 kepada adik perempuannya.

Menerusi perkongsian @anienanie89 di TikTok, dia menyediakan hadiah yang cukup bernilai itu sempena majlis pernikahan adik kesayangannya kerana berjaya menamatkan zaman bujang.

“Selamat pengantin baru buat adik ku, semoga bahagia hingga ke jannah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sementara itu, reaksi adiknya ketika menerima gelang tangan berkenaan seolah-olah terkejut dan tidak menyangka bakal diberikan hadiah semahal itu.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai dan ada yang kagum melihat kasih sayang antara adik-beradik ini.

“Suami dia perhati sahaja kak, ris4u suami dia gadai,” seloroh seorang pengguna.

“Alhamdulillah, seronoknya mampu bagi macam-macam untuk bahagiakan adik-beradik, moga terus diberikan rezeki luas,” kata Anis Sofeya.

“Bertuahnya awak dapat kakak macam itu,” ujar Muhamad Shakir Muhamad Shahir. – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Kosmo

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *