“Kalian Yang Dapat Rentas Dan ‘Dine-In’ Masih Nak D3ngki”-Rita Rudaini

Kuala Lumpur: Akibat belum mengambil sunt1kan v4ksin C0vid-19, pelakon Rita Rudaini terus dihentam netizen.

Rita menerusi hantaran di Instagram Story berkata, dia ‘bingung’ dengan tindakan segelintir pihak itu yang turut dirasakan dengki terhadapnya.

Bagaimanapun, Rita mendoakan mereka yang lengkap dua d0s vaks1n dan bercadang pulang ke kampung halaman selepas kebenaran merentas negeri dibenarkan kerajaan mulai semalam supaya menjaga keselamatan diri.

“Saya doakan selamat merentas negeri, negara, planet dan alam semesta dengan selamat. Semoga selamat pergi dan kembali.

“Kita saudara sesama Islam. Takkan perangai macam hanj1ng (anj1ng) hari-hari? Tak penat ke mem3rli. Kalian yang dapat rentas dan ‘dine-in’ masih nak d3ngki bvsuk dengan saya? Memang lawak terbaik!” katanya dalam beberapa perkongsian di Instagram Story.

Menurut Rita, apa yang penting buat dirinya kini adalah menjaga kesihatan dirinya berbanding keluar berjalan-jalan.

“Bagi saya, tak penting balik kampung, bercuti, rentas negeri, negara atau ‘dine-in’. Apa yang penting sekarang adalah kesihatan. Itu keperluan asas saya sekarang,” katanya.

Sebelum ini, Rita meng4kui tidak kisah jika namanya digugvrkan daripada terbabit dengan mana-mana penggamb4ran drama walaupun drama 100 episod sekali pun berikutan pendiriannya yang tidak mengambil sunt1kan vaks1n Cov1d-19.

Namanya mula menjadi bualan netizen di media sosial apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar InstaStory memaparkan pelakon itu sedang mer3bus bunga cengk1h.

Malah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu turut bertindak menyiar semula beberapa hantaran yang seakan menguatkan dakwaan dirinya tidak percaya dengan vaks1n Cov1d-19.

Rita juga pernah bersuara memb1das tohmahan seorang pengacara televisyen yang mendakwa dirinya sebagai seorang antiv4ksin dan kerap menyebarkan dakyah berkaitan perkara berkenaan.

Rita juga tidak bersetuju dia dikatakan sebagai antivaksin, tetapi tidak menjelaskan kenapa dia enggan mengambil vaks1n Cov1d-19.

 

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *