Kakak Siti Nurhaliza, Saida Bergelar Isteri Kali Ketiga, Sekali Tok Ti Titipkan Doa Buatnya

Penyanyi Siti Saida Tarudin atau Saida menamatkan zaman janda apabila bergelar isteri buat kali ketiga dengan lelaki pilihan hatinya, dikenali sebagai Aizal semalam.

Berita gembira itu turut dikongsikan adiknya, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri SIti Nurhaliza menerusi Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menerusi perkongsian itu, Siti turut mendoakan agar rumah tangga kakaknya itu kekal hingga ke akhir hay4t.

Dalam video dikongsikan, Saida dilihat anggun mengenakan gaun kembang berwarna putih, manakala suaminya segak memakai sut bercorak warna hitam.

Terdahulu, Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.

Saida berkahwin untuk kali kedua pada 2016 bersama ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat. Namun, tidak dapat dipastikan tentang perc3raiannya dengan suami kedua itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HARIAN METRO

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *