Kak Km Beri Respond Isu Susukan Anak Di Tempat Awam, ‘Sporting’ Menari Dgn Adik-Beradik

GARA-GARA menyusuk4n anak di tempat awam, usahawan kosmetik kontr0versi Liana Rosli atau Kak KM dikec4m dan dianggap tidak menjaga adab sebagai wanita Muslim.

Menjelaskan perkara yang berlaku, Kak KM berkata, dia menyusuk4n anak bukan di hadapan orang ramai, malah menerusi video yang dikongsi itu tidak memperlihatkan bahagian tidak sepatutnya.

“Pertama sekali ketika saya menyusukan anak itu, tiada orang di depan saya. Jadi memang tiada siapa yang nampak. Dalam video yang saya muat naikpun bukannya menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.

“Kemudian, tak kan saya nak susukan anak di dalam tandas?

“Saya bukannya tiada otak. Saya masih tahu untuk menjaga adab,” katanya ketika dihubungi mStar.

Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini baru sahaja menyambut kelahiran anak keempatnya pada Disember tahun lalu yang diberi nama Cinta Carrisa.

Kak KM bersama suami dan anak-anak

Kak KM dan suami, Razman Ramli turut mempunyai tiga orang anak lain iaitu Nabila Razman, 19, Fariz Razman, 15, dan Rania Razman, 12.

Belum reda isu menyusukan anak, Kak KM sekali lagi mencvri perhatian netizen kerana dilihat menari di hadapan sekumpulan lelaki yang dipercayai kawan-kawan suaminya.

Saya bukannya tiada otak. Saya masih tahu untuk menjaga adab

Menjawab tentang perkara tersebut, Kak KM berkata, kesemua lelaki itu terdiri dalam kalangan ahli keluarga.

“Mereka semua itu adalah adik-beradik saya dan juga suami. Kami memang sporting kalau mahu buat video cabaran seperti yang popular di media sosial.

“Kami memang terbuka dan tidak fikir perkara yang tidak senonoh,” jelasnya.

Sering menerima kecaman atas setiap tindakannya, Kak KM bagaimanapun tidak ambil peduli kerana baginya itu adalah salah satu strategi pemasaran dalam perniagaan.

Kak KM marah jika ada yang bercakap burvk tentang ibunya, Normah Damanhuri

Bagaimanapun, Kak KM juga meminta netizen tidak bercakap burvk tentang ibu dan ahli keluarganya yang lain.

“Kalau saya baca setiap komen di media sosial, rasanya dah masuk ICU sebab s4kit hati dengan semua kec4man.

“Sebagai seorang usahawan, ini adalah cara saya menggunakan platform media sosial sebagai medium pemasaran.

“Biarlah apa orang nak kata tentang diri saya, tetapi jangan ‘sentuh’ ibu dan adik-beradik saya. Itu memang boleh buat saya mar4h,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SWEETDARA KAKKM (@sweetdara_kakkm)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber : http://trendingsangat.pw

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *