
Tidak cukup memiliki rupa menawan semata-mata, namun seseorang yang mahu menjadi model perlu juga bersifat fotogenik dan berani dalam sebarang sesi photoshoot. Cabaran itulah yang cuba dibawa dalam acara pertandingan Indonesia’s Next Top Model : Cycle 2 apabila para peserta diberikan tugasan posing bersama ribuan lebah berterbangan di badan dan wajah mereka.
Tangannya jangan kaku…Jangan gementar & bertenang.
Episod yang bertayang pada 4 November iaitu Khamis lepas ini cukup mengejutkan ramai. Tanpa sebarang baju pelindung dan hanya diberi tempoh 2 minit, setiap model perlu masuk ke dalam ‘khemah plastik’ sebelum ribuan lebah dibebaskan dari kotak. Gadis bernama Peace yang berusia 18 tahun gagal menyembunyikan rasa gemuruh sehingga terlihat menggigil seluruh badan dan struggle untuk membuat gaya menarik.
Video 1:
@harryantowasisss gimana gak gemeteran #fyp #fypシ #fypdongggggggg #intm #intm_nettv #intmcycle2 ♬ suara asli – Harryantowasis
Video 2:
@harryantowasisss Balas @ezaazazaza udah tayang stiap kamis dan jumat jam 7 malam #fyp #fypシ #foryoupage #intm #intm_nettv #intmcycle2 ♬ suara asli – Harryantowasis
Video 3:
@harryantowasisss Balas @vzqsg37 full nya udah ada di youtube yah gaes #fyp #fypシ #intmcycle2 #intm_nettv #intm #indonesiasnexttopmodel ♬ suara asli – Harryantowasis
Sedap je cakap minta tambah lebah..Ya sudahlah aku buat saja
Tidak ketinggalan, ada juga yang menangis dan menahan keperitan apabila tubuh mereka disengat lebah. Namun pengacara yang berada di hadapan kamera terus memberikan dorongan agar peserta kekal bertenang. Luna Maya merangkap juri-pengacara rancangan ini berkesempatan meminta kru produksi menambahkan kuantiti lebah kepada photoshoot contestant bernama Audya.
Video:
@harryantowasisss Balas @yuraya18 #intm #intm_nettv #intmcycle2 #indonesiasnexttopmodel #fyp #fypシ #fypage ♬ suara asli – Harryantowasis
Pertahankan, Jolie boleh buat yang lebih baik.
Hasil penjurian menyaksikan kebanyakan hasil gambar para model kurang menjadi kerana posture badan mereka nampak tidak natural dek terganggu dengan kehadiran lebah. Pun begitu bagi Jolie yang awalnya menangis akibat terkena sengatan menyakitkan, keberaniannya membuahkan hasil apabila dia dinobatkan sebagai pemenang (model of the week) dalam pusingan ‘Ratu Lebah’.
Sumber: erakini
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.