Jodoh Diatur Anak Tiri, MakWan Bakal Tamatkan Zaman Solo Bulan Depan

Benarlah ungkapan jodoh, pertemuan, rezeki dan aj4l di tangan Tuhan. Siapa sangka di usia emas, dramatis Halimaton Saadiah atau lebih dikenali dengan nama Mak Wan Latah bakal bertemu jodoh sekali lagi.

Dirisik keluarga pihak lelaki yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, bulan lalu, Mak Wan,60, memilih tarikh 15 Januari depan untuk majlis ijab kabul yang bakal berlangsung di kampung halamannya di Ipoh, Perak.

Manakala, majlis resepsi Mak Wan bersama bakal suami yang berusia 72 tahun dijangka berlangsung pada 29 Januari depan di sebelah pihak lelaki.

Teruja dan gementar, Mak Wan yang sudah hampir tujuh tahun hidup sendirian terharu doa yang dititipkan setiap hari akhirnya dimakbulkan Tuhan.

“Saya tinggal sendirian dan sering tidak sih4t kerana menghidap kencing manis, dar4h tinggi dan sem.put. Jadi, saya sering meminta kepada Allah agar menghadirkan seorang lelaki buat saya sebagai peneman.

“Anak-anak sudah berumah tangga, jadi saya tidak mahu menyusahkan mereka. Saya sangat terharu hingga menitiskan air mata kerana Allah mendengar doa saya selama ini,” katanya seperti dipetik BH online.

Ketika ditanya detik perkenalan dengan bakal suami, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu berkongsi, pertemuan diaturkan oleh rakan dikenali sebagai Datuk Lina.

“Lina bersahabat dengan bakal anak tiri, Zaiton. Zaiton beritahu Lina yang suka melihat lakonan saya, nampak lembut dan baik di kaca televisyen.

“Secara kebetulan, Lina pula mengenali saya, jadi membawa Zaiton bertemu saya di kediamannya. Kali pertama bertemu, Zaiton tidak menyatakan hasrat menjodohkan saya dengan bapanya.

“Dua hari kemudian, barulah Zaitan berterus-terang. Namun, saya tidak terus memberikan jawapan, sebaliknya sehingga sebulan kemudian dia kembali bertanya.

“Lina menasihatkan saya untuk menerima, memandangkan saya tinggal sendirian dan sering tidak sih4t,” katanya.

Mak Wan berkata sebelum dirisik, dia telah berbincang dahulu bersama adik beradik dan anak-anaknya.

“Ikut perancangan mereka datang datang merisik sahaja, tetapi tidak sangka pula turut membawa dulang hantaran bersama,” katanya ketawa.

Tambah Mak Wan, pihak lelaki ingin menyegerakan majlis pernikahan, tetapi dia masih terikat dengan beberapa penggambaran, jadi majlis ditangguh sehingga Januari.

Pelakon filem Jangan Pandang Belakang Boleh dan Nasi Tangas itu berkata, dia pernah menemui bakal suaminya sekali sahaja, selebihnya banyak berhubung menerusi telefon.

“Kami berjumpa, itu pun sekali. Bagi saya, jika ingin bertemu tunggulah sehingga s4h sebagai suami isteri, tetapi kami selalu berhubung. Boleh dikatakan setiap hari selepas Subuh bakal suami akan menghubungi saya.

“Dia sering mengambil inisiatif menghubungi saya kerana kebiasaannya, sibuk dengan penggambaran. Ada masa, saya tidak berkesempatan menjawab panggilan telefon.

“Awal dahulu, dia kurang faham, tetapi mula memahaminya selepas saya menjelaskan senario kerja saya.

“Bakal anak tiri ada meminta saya memperlahankan aktiviti lakonan, tetapi saya sudah jelaskan pada suami yang saya perlu bekerja kerana terikat komitmen.

“Alhamdulillah, bakal suami memahami. Jadi, saya akan berulang alik antara Kuala Pilah dan Kuala Lumpur selepas berkahwin nanti,” kata Mak Wan.

Mak Wan berkata, dia kini terpaksa memikirkan kembali rutin sebagai isteri seperti menyediakan makan dan pakaian buat suami selepas hampir tujuh tahun hidup solo.

“Saya sudah terbiasa hidup solo selama hampir tujuh tahun, jadi mungkin agak kekok kembali menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Saya perlu sediakan makanan sebelum keluar bekerja.

“Apa pun, saya bersyukur kerana tidak sangka masih ada orang yang sayang dan sukakan saya pada usia sebegini. Saya terha.ru, masih ada yang mahu menjadikan saya sebagai ibu mereka, inilah nikmat yang perlu disyukuri.

“Saya berterima kasih kepada adik beradik dan anak-anak kerana merestui keputusan saya kembali berumah tangga. Dan tidak lupa buat Zaiton yang menyediakan segala kelengkapan pada majlis merisik,” katanya.

Sumber:BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: trendinggiler

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *