Jebat Jayden nyanyi lagu Hafiz Suip, tapi ramai pula netizen komen “saya tak risau, saya tak risau..saya baik”

Si cilik popular, Jebat Jayden iaitu anak kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila ini sememangnya sering tular disebabkan telatahnya yang sering mencuit hati peminat anak selebriti. Ditambah pula, Jebat Jayden yang semakin membesar dengan comel dan begitu ceria.

Jadi ada-ada sahajalah gelagat Jebat Jayden yang menarik tumpuan ramai. Apatah lagi selepas dikongsikan menerusi akaun TikTok ibunya, Noor Nabila di akaun bernama, noornabila00.

Terbaharu pula, gelagat Jebat Jayden menarik tumpuan peminatnya lagi apabila kali ini, anak kesayangan Sharnaaz Ahmad ini dilihat nyanyi sebuah lagu.

Kedengaran Jebat Jayden nyanyi lagu daripada Hafiz Suip berjudul Kisah Cinta Kita. Meskipun sedang menyanyi, gelagat comelnya ini memang tidak dapat lari. Sehinggakan video yang dikongsikan ini menerima ribuan tanda suka.

Video

@noornabila00 Sape nak dengar jayden nyanyi ? Sound on!! 😄 #kidsoftiktok #fyp #jebatjayden ♬ original sound – Noor Nabila