Janna Anggap Kemenangan Satu Ujian, Sekali Netizen Persoal Macam Ni Pada Janna Nick

PETALING JAYA – Dijulang sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-34, penyanyi dan pelakon, ironinya Janna Nick seboleh-bolehnya mahu lari daripada bahang populariti.

Janna atau nama lengkapnya, Nurul Jannah Muner bagaimanapun berkata, dia menerima anugerah tersebut sebagai rezeki dan mengembalikan segala pujian ramai kepada Tuhan.

“Rezeki, dugaan dan ujian? Segala puji-pujian hanya untuk Dia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)


“Saya mahu lari dari populariti tetapi diuji dengan kemenangan. Apapun, terima kasih @janna_nicker (kelab peminat) dan semua yang mengundi.

“Mungkin ini yang terakhir. Cukup,” kata pelantun lagu Mungkin Saja itu menerusi satu hantaran status berbentuk penghargaan atas kemenangan besarnya malam tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)


Kata orang, rumah sudah siap, pahat masih berbunyi dan nampaknya itu yang sedang berlaku dalam gelanggang media sosial apabila ramai dalam kalangan netizen yang mempersoalkan kemenangan Janna.

“Janna Nick menang grand award (anugerah utama) ABPBH after all the sh*ts she did (selepas segala perkara burvk dia buat). Luculah Malaysia,” ciap seorang netizen dalam Twitter.

Dalam pada itu, seorang netizen lain menulis: “Janna Nick yang problematic (berm4salah) pun dapat anugerah paling popular. Apa nak jadi dengan Malaysia.”

Pun begitu, dalam ramai yang mengk3ji, ramai juga yang melihat kemenangan Janna dari sudut yang pos1tif.

“Berperang dengan Bipolar dan malam ini (malam tadi), dia menang Bintang Paling Popular. Tahniah , Nurul Jannah binti Muner aka Janna Nick!,” ciap seorang netizen.

Sebelum ini, Janna pernah terpalit dengan beberapa kontroversi termasuk didakwa tidak menghormati pem3rgian bintang K-Pop.

Dia juga pernah hebat dik3cam apabila salah satu watak telefilem pertama arahannya, Delen dikatakan menggunakan nama Lisa Blackpig yang dikaitkan mempunyai persamaan dengan Lalisa Manoban dari kumpulan Blackpink.

Janna yang mula mencipta nama dalam dunia seni sebagai seorang pelakon turut pernah mencetuskan kontroversi melalui kelantangannya menyebut beberapa frasa kurang manis seperti ‘Loser’, ‘Oi b3ruk’ ketika bert1kam lidah dengan netizen tentang satu isu berkaitan filem.

Malam tadi, meraih sebanyak 86,374,777 juta undian peminat secara atas talian, Janna dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular buat pertama kalinya dalam sejarah kariernya.

Janna, 26, turut membawa pulang dua buah trofi lain iaitu Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular. – K! ONLINE

 

Sumber: Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *