Isteri Yonnyboii Dah Tak Pakai Tudung? Sekali Ini Penjelasan Yonnyboii Buat Ramai Tak Sangka

“Dia bertudung ‘casually’,”.

Demikian kata ringkas penyanyi, Yonnyboii ketika diminta mengulas mengenai penampilan isterinya, Nik Nazira Narriman, 23, yang tidak lagi bertudung seperti sebelum ini.

Yonnyboii ketika ditemui berkata, isterinya masih dalam proses belajar untuk bertudung sepenuhnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 👑 (@yonnyboii)


“Dia kalau berjalan dengan saya, ada kalanya dia nak melawa. Sebelum ini, dia memang tak bertudung dan setakat ini, dah setahun dia pakai tudung,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Yonnyboii, dia juga sudah berbincang dengan Nazira mengenai kec4man daripada netizen.

“Saya dah bincang dengan dia mengenai kec4man. Dia cakap, mungkin untuk letakkan (gambar) di Instagram, belum masanya,” katanya.

Tambah Yonnyboii lagi, dia juga tidak pernah memaksa isterinya untuk bertudung kerana dia juga sering menukar imej dan warna rambutnya.

“Saya dan dia masih muda lagi. Di media sosial, memang dia bertudung. Kalau di luar, ada masanya dia bertudung dan tidak.

“Saya memang tak pernah paksa dia untuk tukar penampilan atau apa, sebab saya pun begini (imej). Jadi, saya okay,” katanya.

Yonnyboii dan Nazira hadir ke acara Joox Top Music Awards dan memenangi kategori Top 5 menerusi lagu Tak Sangka bersama Zynakal dan Asyraf Nasir.

Nazira bagaimanapun enggan gambarnya diambil dengan imej terkini itu. Pasangan ini berkahwin di Duchess Place, Ampang pada 20 November tahun lalu, sehari selepas penyanyi Haqiem Rusli naik pelamin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HM

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *