Isteri Men4ngis Mohon Maaf Belum H4mil, Tapi Reaksi Alieff Irfan Ini Dipuji Ramai

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pasti inginkan zuri4t. Namun tidak semua pasangan mudah mendapat cahaya mata walaupun sudah lama berkahwin.

Sama seperti pasangan Youtuber ini iaitu Alieff Irfan dan isterinya Bella. Sebagai isteri, siapa yang tidak terkilan jika masih belum dikurniakan zuri4t walaupun sudah 1 tahun lebih berkahwin lebih-lebih lagi apabila melihat ahli keluarga sendiri yang baru mendirikan rumah tangga sudah h4mil.

Baru-baru ini Alieff Irfan channel telah memuat naik video sambutan hari ulang tahunnya ke-24 yang telah dirancang sepenuhnya oleh isterinya Bella.

Di dalam video tersebut, Bella telah berkongsi momen-momen sebelum membuat kejutan istimewa buat suaminya itu.

Bella telah membuat kejvtan untuk suaminya dengan membawa ibu Alief dari Kelantan ke majlis sambutan ulang tahun tersebut di ibu negara.

Melihat kelibat ibu tersayang bersama keluarga, Alief terkejut dan sebak kerana terlalu gembira.

Namun apa yang menyentuh hati apabila di penghujung video yang dikongsikan itu, Bella telah mem4nggil ibu dan ibu mertuanya untuk bersama mereka suami isteri di hadapan kamera.

Lantas itu, Bella tiba-tiba menangis sambil memberi ucapan. Situasi menjadi sedih apabila Bella meminta ibu dan ibu mertuanya untuk bersabar menunggu kehadiran cahaya mata pertama dari mereka berdua.

“Untuk umi, ibu , Alief. Bella harap umi dengan ibu sabar untuk along dapat zuri4t”

Tambah Bella, dia sedar mungkin rezeki mereka masih belum sampai namun dia juga berniat untuk menggembirakan keluarga dengan kehadiran cahaya mata.

“Bella nak happykan umi dengan ibu dengan kehadiran zur1at pertama dari Bella dan Alief. Umi dengan ibu harap sabar.”

Melihat Bella men4ngis, Alief lantas memeluk Bella dan memberitahunya untuk tidak berkata seperti itu lagi.

Alief turut berpesan untuk sentiasa berdoa kerana ia berada di luar kawalan mereka malah iainya ketentuan Allah SWT.

Reaksi Alief itu telah membuat rata-rata netizen memujinya kerana memahami perasaan Bella dan dirinya bersikap melindungi isteri dari mempunyai perasaan sebegitu.

Bukan itu sahaja, malah netizen turut mendoakan agar pasangan itu dikurniakan zuri4t suatu hari nanti.

Alieff atau nama sebenar Muhammad Aliff Irfan Aziki dan Nurul Nabilah Aliah Hazman telah sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada hari Jumaat 14 Februari 2020 yang lalu.

“Sumpah sebak sangat bila die bercakap “zuri4t”  insyallah.. yg begelar “istri” di luar sana, semoga allah berikan keajaiban buat yg menanti kehadiran zuriat. Insyaallah mudah2han hendaknya. Aamiin

Tinggalkan imej s.eksi, netizen sejuk hati tengok isteri Alieff Irfan – “Saya hanya fikir mati, dalam keadaan baik atau mem4lukan”

TAMPIL dengan imej menutup aurat sejak Ogos lalu, isteri kepada YouTuber terkenal Alieff Irfan iaitu Nurul Nabilah Aliah memberitahu dia menerima banyak komen positif daripada pengikut di laman sosial.

Menurut Nurul Nabilah atau lebih mesra disapa Bella, 26, segelintir netizen yang sebelum ini tidak menyukai penampilannya mula berlembut hati dan menjadi pengikut di Instagram.

“Bella dapat banyak mesej peribadi… dulu orang cakap tak nak follow Bella di laman sosial sebab Bella free hair, seksi, tak tutup aurat… tapi sekarang sejuk je mata dan jari pun ringan nak follow Bella sebab dah berhijrah.

“Allahu… baru Bella faham apa yang dia orang maksudkan. Kadang-kadang bila fikir balik malu sangat sangat sebab sejak bertudung ni Bella kalau boleh nak follow orang yang bertudung dan posit1f sahaja.

“Kalau boleh Bella nak lupakan semua tentang perkara lepas dan nak buka buku baru… sentiasa mengingati Allah SWT setiap saat dan berkawanlah dengan orang pos1tif,” katanya.

Bella berhijab bukan sebab paksaan, bukan sebab orang suruh, Bella betul-betul ikhlas untuk berhijrah dekatkan lagi diri dengan Allah!

Pada 16 Ogos lalu, usahawan produk kecantikan ini membuat keputusan mengenakan hijab dan menutup aurat selepas beberapa bulan mempelajari ilmu agama.

Bella memberitahu dia nekad mendekatkan diri dengan agama selepas kerap terfikir mengenai kem4tian.

Bella mahu buka buku baru bersama suami tercinta, Alieff Irfan.

“Bella berhijab bukan sebab paksaan, bukan kerana orang suruh, Bella betul-betul ikhlas untuk berhijrah dekatkan lagi diri dengan Allah… betulkan solat dan posit1fkan diri.

“Janganlah pandang kehidupan lama Bella…. past is past! Manusia berubah untuk jadi lebih baik. Hari-hari Bella fikir fasal kem4tian, cuma kita mati dalam keadaan baik atau memalukan? Semua atas diri kita.

“Alhamdulillah sekali lagi untuk sesiapa yang doakan Bella dan sentiasa sokong Bella dari seorang s3ksi, free hair, sampai la sekarang and Bella masih jah1l lagi, banyak lagi kena belajar perlahan-lahan,” ujarnya.

Untuk rekod, Alieff dan Bella berkahwin di kediaman pengantin perempuan di Segamat, Johor pada 14 Februari 2020.

sumber: https://www.yoy.my/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *