Iqbal B3ngang Vida Tak Habis Cakap Pasal Kahwin, “Saya Batalkan Segala Tempahan Dewan Hotel”-Iqbal

Hubungan antara Datuk Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli masih keruh selepas banyak konfl1k berlaku sejurus mereka membuat keputusan untuk berkahwin.

Vida keterlaluan!

Terbaru, Iqbal dilihat meluahkan rasa marah terhadap Vida yang didakwa masih memberi harapan p4lsu kepada dirinya dan orang ramai.

Kata Iqbal, 27, Vida menyatakan perkahwinan mereka tetap diteruskan menerusi siaran langsung (live) yang diadakan di Instagram (IG) miliknya setiap hari.

Keterlaluan! Tidak henti lagi dari mulut Datuk Seri Vida mengatakan kami akan berkahwin. Setiap hari, setiap kali live beliau saya lihat!

Cukup pergunakan orang ramai

Tegas pemilik nama Ahmad Iqbal Zulkefli, dia dan Vida sudah dua minggu tidak berhubung malah tempahan dewan hotel sudah dibatalkan.

Justeru, usahawan tersebut berharap agar Vida segera berhenti mengelirukan dan mempergunakan masyarakat.

Cukup-cukuplah pergunakan masyarakat. Saya dengannya sudah dua minggu langsung tidak berhubung. Saya sudah batalkan segala tempahan dewan hotel.

Kasihan, tidak hanya saya rasa dipermainkan malahan masyarakat juga jadi keliru.

Terdahulu, hubungan Vida dan Iqbal menjadi perhatian ramai apabila dikatakan bakal berkahwin pada Disember ini. Namun, situasi menjadi tegang selepas Cik B berkeras tidak merestui.

 

Sumber: Iqbal Zulkefli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *