
Pelakon remaja berbakat besar, Puteri Balqis tidak mempunyai masalah untuk bergandingan bersama Mia Sara biarpun terpalit dengan kontroversi perselisihan faham diantara mereka baru-baru ini.
Balqis Enggan Toleh Ke Belakang
Menurut Balqis yang mesra disapa sebagai Aqish, dia enggan menoleh ke belakang terutamanya berkaitan isu tersebut. Malah, Balqis sekali lagi memohon maaf maaf atas kenyataannya terhadap Mia.
“Saya dah minta maaf dan bagi saya tidak perlu lagi ulas apa-apa sebab segalanya sudah diluahkan di Instagram saya dan saya minta maaf sekali lagi jika saya cakap semua perkara itu. Saya kembali seperti kehidupan normal sebelum ini dan enggan mencampuri lagi perihal tersebut.
“Insyallah, boleh sahaja kalau saya digandingkan bersama Mia” kata Balqis kepada Murai.my
Balqis Terk3jut
Balqis berkata demikian ketika ditanya mengenai keinginan pengarah terkenal, Datuk Ayu Puteh yang ingin mengandingkan pelakon itu bersama Mia menerusi sebuah drama arahannya kelak. Bagaimanapun, menurut pemenang pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Televisyen Asia 2014 itu, dia tidak mengetahui akan hasrat Ayu dan akui terkejut mengenainya.
“Saya tidak tahu atau dihubungi mengenainya itu sebab kalau ikutkan macam dah lama juga projek tersebut” kata Balqis lagi
Balqis ditemui di tayangan perdana dan sidang media filem Rumah di MBO Atria Shopping Mall di sini pada petang Isnin. Bercakap mengenai pembabitannya di dalam filem seram tersebut, Balqis bersyukur kerana tidak mengalami sebarang pengalaman mistik. Namun, sebagai pelakon, Balqis akui tidak lari daripada berasa penat apatah lagi wataknya banyak bermain dengan emosi.
“Tak ada pengalaman mistik cuma penat sahaja sebab banyak menggunakan tenaga seperti perlu menjerit dan berlari malah penggambaran pula habis dalam jam 3 pagi” katanya
Selain Balqis, filem Rumah yang akan menemui penonton pada 24 Februari depan turut dibintangi primadona filem Melayu, Erra Fazira dan Mak Jah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Murai.my
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.