“Saya Tak Akan Bahagia Berada Dalam Keluarga DSV” Iqbal

Impian usahawan Ahmad Iqbal Zulkifli untuk mendirikan rumah tangga dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida tidak kesampaian apabila rancangan untuk berkahwin dibatalkan.

Sudah tawar hati dan memilih untuk tidak meneruskan rancangan untuk berkahwin dengan Vida pada hujung tahun ini serta akan membawa diri buat sementara waktu.

“Tak jadilah, saya dah tekad… saya akan bawa diri sekejap sementara untuk alihkan pemerhatian saya di sini.

“Saya tak nak berfikir lagi, jadi saya bagitahu secara jelas pada Datuk Seri Vida perkahwinan kita tidak jadi sebab saya tak akan bahagian berada dalam keluarga dia,” katanya.

Mengulas mengenai perkongsiannya sudah pun membatalkan dewan hotel, Iqbal mengakui dia ada melihat beberapa hotel serta sudah bersedia untuk melamar Vida, namun tidak kesampaian.

“Betul, saya ada survey ke beberapa hotel, antaranya Grand Hyatt. Saya pergi tanpa perbincangan dengan Vida. Saya ada beli satu benda yang agak bernilai untuk melamar Vida, cuma tak kesampaian,” katanya.

Terdahulu, Iqbal meluahkan rasa berang apabila Vida didakwa masih lagi memberi harapan p4lsu kepada dirinya serta mengatakan drama Vida mengatakan mereka akan berkahwin sangat keterlaluan.

Malah,  kenyataan Iqbal menjadi bualan ramai mengatakan Vida merupakan wanita pertama yang disentuh dan wanita terakhir.

 

Sumber:ROTIKAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *