
Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi terkenal, Haqiem Rusli yang selamat melangsungkan pernikahannya sebentar tadi bersama gadis pilihan hati, Wan Anis Sofea.
Pasangan ini sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis ringkas yang mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat dipercayai di Masjid Raja Fisabilillah, Cyberjaya.
Menerusi rakaman live yang dikongsikan di Instagram Haqiem, pasangan ini dilihat sama cantik dan sama padan apabila mengenakan pakaian sedondon berwarna kelabu.
View this post on Instagram
Haqiem sebelum ini mengejutkan peminat dan orang ramai apabila mengumumkan tarikh pernikahannya sewaktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH34)
Sumber: buzzkini
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
‘Saya Bukan Buat Benda Salah’ – Sekali ini respons Haqiem Rusly Isu Nikah Gadis 19 Tahun Buat Ramai Terkejut..
BEBERAPA hari lagi penyanyi Haqiem Rusli akan menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya, Anis Sofea.Gosip hubungan cinta antara Haqiem dan Anis Sofea bukan perkara baharu apabila netizen sebelum ini pernah mengaitkan mereka sedang bercinta.
Namun pada ketika itu kedua-dua mereka masih mengunci mulut sehinggalah baru-baru Haqiem berkongsi hasrat untuk berkahwin pada Jumaat, 19 November ini ketika muncul di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH34) Sabtu lalu.
Bagai pinang dibelah dua, rata-rata netizen memuji keayuan gadis berusia 19 tahun ini lebih-lebih lagi selepas dia mengambil keputusan untuk mengenakan hijab.
Haqiem Rusly gatal nak kahwin?
Apabila ditanya mengenai dirinya ‘gatal’ hendak berkahwin dengan gadis berusia 19 tahun, Haqiem mengatakan bahawa dirinya sudah bersedia untuk menjadi seorang suami dan tidak ada istilah ‘gatal’ untuk berkahwin bagi dirinya.
Saya ni bukan buat benda yang salah. Saya war-warkan benda ni. Kalau saya senyap-senyap tu ye lah. Tak ada istilah gatal nak kahwin sebab saya rasa saya dah bersedia tapi dalam masa yang sama saya nak menjadi seorang suami ni saya masih belajar apa yang sedang buat.
Dalam pada itu, Haqiem turut memberitahu bahawa tema perkahwinannya adalah bertemakan sky glass, namun dia memberi bakal isterinya untuk memilih tema bagi resepsi mereka.
Untuk baju pernikahan kita ada Razman Razmi. Malam tu respesi kita pakai baju dari Rizman Ruzaini.
Sumber: TV3MALAYSIA Official