Hana Azraa Ditvduh Sengaja Tunjuk Cer4i Perkara Normal, Gara-Gara Kongsi Video Tiktok

BERKONGSI video yang memperlihatkan hubungan baik dengan bekas suami pertama, usahawan Hana Azraa mengakui mereka juga pernah melalui fasa perpisahan seperti pasangan lain yang berc3rai.

Hana yang juga bek4s isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan bagaimanapun berkata, perkongsian itu bukan ingin menormalisasikan percer4ian seperti yang didakwa segelintir netizen.

Menurut Hana, dia ingin memberikan kesedaran kepada pasangan berc3rai agar tidak mementingkan diri dan sentiasa mengutamakan anak biarpun sudah tidak bersama.

“Saya ada baca komen yang menganggap perkongsian saya itu seperti mahu menunjukkan perc3raian itu perkara biasa asalkan anak terjaga.

Video yang dimuat naik Hana menjadi tular.

“Tidak pernah berniat untuk menunjuk seperti itu. Perc3raian bukan benda biasa. Saya ingin memberi kesedaran kepada pasangan yang sudah berpisah dan ada anak bersama.

“Saya dan bek4s suami sama seperti pasangan lain yang berc3rai. Kami lalui juga fasa perasaan b3nci dan d3ndam itu selama tiga bulan.

“Tapi bila fikir semula, kami tak boleh pentingkan diri. Kami perlu jaga hubungan demi anak. Tambahan pula anak kami perempuan,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Hana memuat naik video di aplikasi TikTok yang memperlihatkan b3kas suami pertamanya iaitu Muhammad Azrin datang mengambil anak mereka.

Perkongsian itu menjadi tular dan rata-rata netizen memuji Hana dan bekas suami yang masih menjalinkan hubungan baik biarpun sudah berpisah.

Saya harap selepas ini, dapat lagi memberi inspirasi kepada orang di luar sana.

HANA AZRA

BEKAS ISTERI PU ABU

Untuk rekod, Hana berpisah dengan bekas suami pertama iaitu Muhammad Azrin pada 2016 selepas setahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Afifah Aisyah yang kini berusia lima tahun.

Pemilik nama Nurhanna Azra Mohd Zakir ini kemudian berkahwin dengan PU Abu pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Uwais Al-Mateen yang berusia dua tahun.

Dalam pada itu, Hana yang juga seorang usahawan kosmetik meluahkan rasa syukur apabila perkongsian itu mendapat maklum balas pos1tif.

“Alhamdulillah, ramai netizen yang melihat secara posit1f. Malah, saya juga banyak terima pertanyaan bagaimana saya boleh berhubung baik dengan bekas suami.

Hana enggan mengulas mengenai rumah tangganya dengan PU Abu.

“Saya harap selepas ini, dapat lagi memberi inspirasi kepada orang di luar sana. Itu sahaja matlamat sekarang. Nak kongsi benda dan sesuatu yang baik,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai rumah tangganya dengan PU Abu, Hana mengesahkan mereka tidak lagi memegang status suami isteri.

“Soal rumah tangga saya dengan PU Abu, kalau boleh saya tak nak mengulas lebih lanjut sebab masih dalam proses mahkamah.

“Apa yang boleh saya kongsikan, kami bukan lagi suami isteri,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *