
Si cilik dikenali sebagai Alisa Aisyah ini sering sahaja men.curi perhatian ramai dengan gelagatnya yang comel. Merupakan anak kepada pasangan popular, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, video anak comel ini membuatkan ramai terhibur dan ge.ram dengannya.
Manakan tidak, Alisa ini sangat comel dan bijak pula tu! Namun begitu, baru-baru ini satu rakaman telatah Alisa naik penimbang di rumah telah membuatkan ramai terhibur.
Dalam video tersebut kelihatan Alisa naik penimbang dan kedengaran suara kecilnya itu memberitahu, “I’m 2 years old”. Mendengarkan apa yang diberitahu si cilik ini si ibu terus tertawa.
Biasanya orang naik penimbang itu untuk ketahui berat badannya. Tapi Alisa beritahu umurnya pula membuatkan ramai terhibur. Berikut adalah rakaman Alisa naik penimbang yang dimuat naik menerusi Instagram Hanis Zalikha baru-baru ini:
View this post on Instagram
Perkongsian rakaman telatah Alisa naik penimbang ini telah meraih lebih 600 ribu tontonan dan 84 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat si cilik ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:
“Anda suka orang tahu berat badan atau umur anda? Cute la Alisa”
“Hahaha timbang umur”
“Hahaha rupanya benda ni untuk tengok umur kita”
“Orang tak de tanya dia je declare so cute”
Sumber: HCL
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.