Gaya Bertudung Tya Ariffin Disamakan Dgn Biar4wati, Netizen Minta Contohi Ibu Mertua Mak Iti dan Kakak Ipar Izara Aisyah

Gaya lilitan tudung menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Ariffin mengund4ng kec4man netizen apabila dikatakan mirip seperti pakaian biar4wati.

Prihatin dengan gaya tudung terb4bit, netizen tampil menegur cara Tya berfesyen dan menasihati agar tidak keterlaluan hingga boleh mencal4rkan imej ag4ma Isl4m.

Malah, ada juga dalam kalangan pengguna media sosial yang membandingkan cara berpakaian Tya dengan kakak iparnya, pelakon jelita Izara Aishah.

“Sudah macam tudung biarawati. Belajarlah ag4ma lagi Tya. Ikuti fesyen tak akan habis, bagus seperti Izara Aishah,” tulis warganet.

“Contohilah cara pakai tudung Mak Iti (Siti Nurhaliza) dan Izara Aishah. Kami sedih kak Tya tudung setengah-setengah macam ni kerana tudung ni bukan sekadar fesyen tapi tanggungjawabnya besar di hadapan Allah,” tulis pengguna lain.

“Memang trend pakai tudung sekarang macam paderi perempuan ya? Tolonglah celik sikit! Cara awak pakai tudung tu salah! Awak seorang berpengaruh, jangan sampai cara awak bertudung jadi ikutan.

Tutup leher tu!” tegur individu lain pula.Mengulas mengenai perkara terbabit, kata Tya dia memohon maaf atas gaya pakaian tudung yang mencetuskan perdeb4tan dan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

“Tya tiada niat untuk berkelakuan seperti yang diperkatakan netizen.

Gaya balutan tudung tersebut sekadar menepati penampilan Tya di hari ulang tahun bapa mertua.

“Tema sambutan tersebut adalah serba putih, jadi sekiranya penampilan Tya disalah t4fsir, Tya anggap ia sekadar tegur4n buat diri Tya dan sudah pasti Tya akan belajar daripada kesilapan.

“InsyaAllah selepas ini, Tya akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian yakni lebih sopan dan bersesuaian mengikut tema sesebuah majlis,” katanya kepada Gempak.

Tya dalam satu lagi kenyataan memaklumkan, suaminya Asyraf Khalid merupakan individu utama yang menguruskan majlis tersebut bersama barisan warga Mutyara Beauty.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Kata Tya, sambutan ulang tahun itu diadakan demi menghargai jasa dan pengorbanan bapa mertuanya dalam mendidik serta melentur suaminya sehingga berjaya dalam bidang yang diceburi.

Malah, beliau juga tidak terlepas menzahirkan rasa teruja selepas mendapati mentornya Dr Azizan Osman turut sama memeriahkan majlis tersebut.

“Asyraf bersama team Mutyara yang mengendalikan semua ini. Jujur, Tya amat teruja Dr Azizan Osman juga sudi hadir memeriahkan sambutan ini.

“Tak nafikan kehadiran Dr Azizan sememangnya memberi tamparan positif dan membuahkan rasa teruja hadir dalam diri Tya. Tanpa beliau, mungkin Tya dan suami tak mampu berdiri di tahap ini,” tambahnya.

Untuk rekod, sambutan hari lahir ke 63 itu disambut meriah oleh keluarga terdekat serta kenalan rapat. Tidak ketinggalan, majlis itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *