
Beberapa hari lalu tular di sosial media dengan satu rakaman yang memaparkan seorang wanita yang berjalan menunduk dan perlahan di tempat awam. Dalam rakaman tersebut, gelagat wanita itu sememangnya nampak pelik dan membuatkan ia menjadi tanda tanya ramai.
@atisahira Jumpa depan mata dekat mrt pasar seni 😶 #tanjatgegirl ♬ Caught A Vibe – Lancesavali
Bagaimanapun, semalam satu video dengan persembahan wanita tersebut bersama rakan-rakan lain di sebuah stesen MRT Pasar Seni telah pun dikongsikan. Dalam rakaman tersebut wanita ini membuat gerakan sambil mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh rakan-rakannya.
Sudah tentunya persembahan seni sekumpulan manusia ini telah mencvri perhatian ramai. Apatah lagi dari awal wanita dengan gerakan ‘pelik’ ini sudah membuatkan jadi tanda tanya ramai. Berikut adalah video gadis tersebut yang rupanya persembahan seni dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun alishaoqee ini:
@alishaoqee #fyp #mrtpasarseni #apoeticmrtjourney ♬ Halloween-like mysterious BGM – harryfaoki
Perkongsian video gadis tersebut yang rupanya persembahan seni ini telah meraih lebih 176 ribu tontonan dan 19 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian video ini di ruangan komen seperti berikut:
“Harapnya Malaysia punya art show makin hebat dari sebelum ini. Ini pun nampak gempak dah”
“Dia punya artistik tu macam level profesional yang patut dipentaskan. Cantik”
“Bayangkan nak pergi kerja pastu nampak benda ni takde masa aku nak layan”
“Ini sangat menarik. Jarang sekali boleh tengok seni macam ni di Malaysia. Teruskan berkarya!”
Sumber: HCL
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.