Fizo Omar Akhirnya K0ngsi Vide0 Bersama Isteri Di hari Prnikahan Semalam “Kamek sayang kitak”

Pelakon Fizo Omar berkongsi foto rasmi majlis pernikahannya di laman Instagram selepas sah bergelar suami kepada bekas pramugari Fazeera Nazri Azrai di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang, pagi semalam.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol bin Wan Omar memuat naik tiga keping foto memaparkan dia bersama isterinya yang berasal dari Sarawak itu lengkap mengenakan busana pengantin serba putih.

Menerusi ruangan kapsyen, pelakon berusia 36 tahun itu menulis dalam loghat Sarawak iaitu ‘Kamek sayang kitak’ yang bermaksud ‘Saya sayang awak’ berserta emoji hati berwarna merah selain tanda pagar #tilljannah dan #FizoFazeera.

Selain menerima hampir 35,000 tanda suka, posting tersebut sekali gus dihujani ucapan tahniah rakan artis dan pengikutnya yang tumpang gembira atas pernikahan tersebut.

Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan mendoakan hubungan pasangan berkenaan agar kekal bahagia hingga ke syurga.

Kamek sayang kitak – Fizo Omar 

Menoktahkan semua persoalan ramai, aktor Fizo Omar akhirnya berkongsi foto isteri tercintanya, Fazeera Nazri Azrai , 25, dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Menerusi hantaran yang dinanti-nanti ramai tersebut, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu memuat naik tiga keping foto dia dan isteri lengkap berpakaian serba putih pada majlis pernikahan mereka semalam.

Tidak disertakan sebarang maklumat lanjut mengenai pernikahannya, Fizo, 36, hanya meninggalkan kapsyen istimewa buat isteri tercinta yang berasal dari Kuching, Sarawak itu.

“Kamek sayang kitak (saya sayang awak dalam dialek Sarawak),” tulis pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar itu.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen termasuk beberapa selebriti tanah air mengucapkan selamat pengantin baru buat Fizo dan isteri.

Malah, ada juga yang tidak henti-henti memuji kejelitaan Fazeera yang juga merupakan seorang bekas pramugari itu.

“Kacak bini kitak, tahniah kitak dua (cantik isteri awak, tahniah buat anda berdua),” ucap seorang netizen.

Semalam, dia meninggalkan 1,001 tanda tanya selepas memuat naik foto berbaju Melayu berwarna putih dalam satu entri Instagram dengan kapsyen gurauan telah meninggalkan kumpulan duda dalam kalangan beberapa selebritri tanah air.

Mengesahkan hal tersebut, pengurusnya, Mimi memberitahu Fizo selamat bernikah dengan Fazeera dalam sebuah majlis ringkas di sebuah pusat peranginan, Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat

Tahniah Abe Jo!

Bagaimanapun, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu tidak berkongsi lebih lanjut mengenai gerangan wanita berusia 25 tahun itu yang berjaya menambat hatinya setelah dua tahun menduda.

Terdahulu, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Mawar Karim pada November 2013 namun berc3rai pada 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

 

Sumber: trendingsangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *