Fasha Sandha Disamakan Dengan J.Lo, Sekali Ini Pula Respons Netizen Buat Ramai Tak Sangka

SEBUT sahaja nama Fasha Sandha, terus terbayang lakonan hebat yang sering dipersembahkan kepada umum.

Berilah apa sahaja watak, pasti cemerlang prestasinya.

Membuktikan perkara tersebut, Fasha sanggup menukar warna dan potongan rambutnya demi watak yang akan dijayakan dalam sebuah drama tidak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)


Daripada rambut panjang menjadi pendek dan warna hitam bertukar perang. Itulah peng0rbanan yang dilakukan Fasha sebagai seorang pelakon berwibawa.

Apabila sudah bertukar warna, dia juga tidak terlepas daripada sebarang kec4man, namun masih ada yang memuji dengan imej baharu tersebut.

Kata netizen, Fasha nampak lebih muda dengan potongan rambut pendek, yang ini Diva pun setuju.

“Anak dara atau mak orang ini? Cantik teruk,” puji seorang peminatnya.

“Ada iras Jennifer Lopez pula bila lihat Fasha buat gaya begini,” komen seorang lagi netizen.

Rasa tidak sabar pula hendak menonton drama tersebut nanti. Mesti hebat.

DIVA: Harap tiada lagi kes golongan artis tanah air ‘kantoi’ mengambil dadah. Jangan busukkan nama sendiri.

Komen Netizen

 

Sumber: Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *