Erra Fazira B0ngkar Cerita Lepaskan Penjagaan Anak, “Demi Kebahagiaan Aleesya, Tk Guna Dua dua Keras Kepala”

Perkongsian penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira mengenai kekuatan melepaskan anak perempuannya, Engku Aleesya kepada bekas suami, Engku Emran ketika bercerai pada 2014 menjentik perasaan ramai pihak.

Menerusi sebuah program TV yang dihoskan Amin Idris, aktres jelita itu dilihat cuba menahan perasaan ketika meluahkan perasaannya.

Bkanlah sesuatu yang mudah untuk melepaskan ‘custody’ (penjagaan). Seperti yang kita semua maklum ‘custody’ itu ialah kebanyakannya milik seorang ibu. Pengalaman saya, tk guna jika bagi saya kedua-duanya berkeras, dua-dua berde.gil. Akan ada seorang menjadi mngsa.

Menurutnya, apa yang dilakukan itu semuanya ialah untuk kebahagiaan Aleesya serta keluarganya dan dia akui dia bukanlah seseorang yang suka menuding jari terhadap orang lain, jika kes4lahan itu semuanya boleh diberikan kepada dirinya, dia sanggup mengambilnya

Video dari TikTok @fashaaariana yang dimuatnaik semula di Instagram @errafazira.beautyhq ini sudah mendapat tontonan hampir 19,000 peminat setakat ini, malah ramai warganet yang memuji tindakan yang diambil Erra dalam perkara ini.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Erra Fazira memberi lampu hijau kepada Engku Aleesya, Cuma Erra tunggu izin Emran

Pernah bertegas enggan membenarkan anak tunggalnya mengikut jejak langkah sebagai pelakon, Erra Fazira kini membuat pengakuan sudah sedia memberi lampu hijau seandai Engku Aleesya cenderung ke arah bidang seni.

Katanya, sebagai ibu yang sudah lebih 30 tahun mengenal sepak terajang dunia hiburan, dia semakin terbuka mendidik permata hati itu bahkan sedia memberi kebebasan buat Aleesya memilih kerjaya masa depan.

“Sebagai ibu di era moden ini saya tak mahu tetapkan anak kena buat apa atau memintanya mengikut kemahuan saya.

“Apa yang Aleesya minat atau suka sama ada mahu menjadi anggota pasukan keselamatan seperti polis pun tetap akan saya berikan sokongan.

“Malah jika Aleesya ingin menceburi dunia hiburan sekali pun saya tetap bagi dorongan kerana saya juga pernah melalui usia remaja yang berdepan pelbagai cabaran terutama dalam membuat pilihan kerjaya.

“Apabila difikirkan, buat apa kita menghalang pilihan anak. Seiring masa dan tumbesarannya, saya semakin yakin untuk bagi kebebasan kepada Aleesya memilih kerjaya masa depan sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Erra Fazira berkata demikian ketika sesi temu bual bersama barisan pelakon drama bersiri Gerak Khas Undercover. Siri baharu jenama drama kepolisan popular tersebut bakal disiarkan menerusi TV3 bermula 1 Oktober ini, pukul 10.30 malam.

Menerusi kisah penyiasatan yang turut menggandingkannya dengan Datuk Aaron Aziz, Datuk AC Mizal dan Elizabeth Tan, aktres yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu membawakan watak sebagai DSP Jeslina.

Sementara itu, ditanya penerimaan bekas suaminya, Engku Emran Zainal Abidin terhadap kebenaran kepada anak tunggal mereka untuk berlakon, Erra berkata semua itu bergantung kepada persepakatan antara mereka.

Biarpun sudah beberapa kali diajukan tawaran membintangi iklan komersil dan penerbitan lain, pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek, 46, hanya menunggu keizinan daripada bekas suaminya itu.

“Kalau saya seorang saja yang bagi galakkan pun tak sesuai sebab dalam hal ini (jadi selebriti), persetujuan serta restu Engku Emran juga amat penting.

“Apa pun pertimbangan nanti, saya dan ayahnya perlu sependapat. Saya okey saja, kena tunggu kebenaran Engku Emran kerana selama ini pun apa-apa membabitkan Aleesya, kami akan berbincang,” katanya lagi.

Aleesya, 12, merupakan satu-satunya cahaya mata hasil perkahwinan aktres itu dengan Engku Emran Zainal Abidin.

Jodoh mereka hanya mampu bertahan selama tujuh tahun apabila masing-masing mengambil keputusan berpisah pada Februari 2014.

Menerusi sesi sama, Erra turut berkongsi cara dirinya kekal bertahan selepas bertahun-tahun masih relevan dalam dunia lakonan walaupun saban waktu industri seni tanah sentiasa dibanjiri ramai muka baharu.

Katanya, bakat sahaja tidak mencukupi andai tidak mengekalkan disiplin serta mudah memberikan kerjasama kepada rakan seperjuangan lain memandangkan setiap kelebihan itu saling berkait rapat untuk membolehkan diri terus relevan.

“Paling utama adalah kena jaga disiplin kalau betul-betul mahu masuk industri untuk menyandang kerjaya sebagai penggiat seni. Kalau tak berdisiplin kita akan menyusahkan produksi, menyusahkan pelakon lain yang jaga masa.

“Bakat saja tidak mencukupi, dari semasa ke semasa perlu ada penambahbaikan dan antara perkara penting lain adalah mudah bekerja sama. Kadangkala rupa dan bakat saja tak berguna jika kita ada sikap susah kerja dengan orang lain.

“Elemen yang kita anggap remeh ini sebenarnya yang mampu meletakkan kita pada tahap mana satu masa nanti. Jika kita dapat membuatkan orang rasa senang hati bekerja dengan kita, maknanya kita mampu bekerja sampai bila-bila,” ulasnya panjang lebar.

Menggemari aktiviti luar, Erra yang kini dilihat semakin aktif bersukan nyata mengambil peluang melakukan aktiviti mengeluarkan peluh selepas berbulan ‘terkurung’ disebabkan negara berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya bukan lepas ger4m, sebaliknya aktiviti seperti berbasikal dan yoga mampu mencergaskan kembali keadaan mental dan fizikal seseorang terutama baginya yang mahu bertenaga selepas kembali ke lokasi penggambaran.

Sumber :  K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *