Empayar Ratus Juta, Netizen, Sekali Netizen Perasan Benda Lain Buat Ramai Terkejut

Bulan lalu, foto selebriti popular Neelofa menjadi perhatian ramai apabila dilihat sering memegang perut bahagian perutnya ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban.

Biarpun sudah beberapa kali dakwaan netizen mengatakan bekas pengacara MeleTOP itu ham1l, namun masih tiada sebarang kenyataan daripada tuan badan sendiri.

Baru-baru ini, perkongsian seorang netizen menjadi perhatian ramai apabila menaiki satu pesawat dengan Neelofa dan suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz menuju ke Langkawi.

Menerusi entri tersebut, netizen berkenaan meluahkan rasa kagum dengan pasangan itu yang hanya memakai kasut jenama Skechers sahaja seperti orang kebanyakan meskipun memiliki empayar perniagaan menjana jutaan ringgit setahun.

Kata netizen itu lagi, pasangan itu juga turut memilih kasut jenama berkenaan yang lebih praktikal dan selesa ketika berjalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)


Netizen itu turut mendakwa meskipun Neelofa tengah sarat h4mil namun tetap melayan peminat dengan ramah dan seorang yang rendah diri.

Dalam pada itu, netizen turut memuji selebriti itu meskipun sering dikecam di media sosial namun tetap tenang meneruskan kehidupan seperti biasa.

Hasil tinjauan di Instagram, Neelofa dan PU Riz kini berada di Langkawi. Neelofa turut berkongsikan gambar duduk di buaian sambil menikmati pemandangan pantai.

 

Sumber:ROTIKAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *