DS Vida Sc4m? Ded4h Gaji Iqbal Cecah RM50,000-RM100,00 Tapi Ini Respon Iqbal

PERKONGSIAN usahawan terkenal Datuk Seri Vida yang mencari pembantu peribadi dengan menawarkan gaji RM10,000 menarik perhatian netizen di laman sosial.

Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 50, sehingga kini dia menerima hampir 60 resume yang membuat permohonan menerusi emel.

“Setakat ini dalam emel dah ada lebih 50 atau 60 resume, kalau mesej peribadi (DM) ada lebih kurang 100.

“Ia menyukarkan pihak kami kerana kriteria handsome memang datang yang kacak-kacak sudah macam nak buat pencarian Hero Remaja pula.

“Tapi perfomance sebagai PA itu tak tahu macam mana lagi,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Vida berkata, dia berharap calon PA yang bakal bekerja dengannya perlu sentiasa bersedia dan berketrampilan kerana bakal menggantikan dirinya menghadiri mesyuarat.

Sementara itu, Vida berkata, jumlah RM10,000 yang diiklankan bukanlah hanya sembang kosong atau ‘scam’, sebaliknya dia boleh memberi jumlah yang lebih tinggi jika mampu melakukan tugas dengan baik.

“RM10,000 tu sebagai geli-geli je bab gaji tu you kena perform lebih dari itu you boleh dapat tau.

“Saya bukan ‘scam’, boleh dapat lebih daripada RM10,000… saya boleh beri RM50,000 tapi kenalah pandai buat kerja,” ujarnya.

Vida turut mendedahkan dia membayar gaji bekas PA terdahulu iaitu ahli perniagaan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli kira-kira RM50,000 hingga RM100,000 setiap bulan.

Walaubagaimanapun, respon Iqbal agak mengejutkan kerana dia menidakkan kenyataan DS Vida itu. Menurut Iqbal, gaji dia untuk permulaan kerja dulu hanyalah RM1,400 sahaja bukan RM50,000 … Alamak!

Ditambahnya lagi, dia menerima gaji RM1,400 dari awal bekerja sehinggalah tahun ketiga barulah gaji dinaikkan kepada RM 2000 lebih.

“Minta maaf saya mencelah. Kenyataan tentang gaji saya RM50,000 – RM100,000 tidak benar. Sebetulnya pada awal bermula RM1400. Tahun ketiga barulah RM2000++.”

“Itupun saya selalu bekerja dari sampai Subuh. Gaji saya sama sahaja dengan staff lain, bahkan ramai staff yang lebih tinggi.”

“Cuma siapa rajin dan kreatif buat sales, mereka akan dapat setimpal dengan usaha.” katanya.

Sebelum ini, Vida pernah merancang untuk berkahwin dengan Iqbal, namun percintaan mereka terputus di tengah jalan.

 

Sumber:Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *