Ditawar Muncul Di Stesen TV, Rita Rudaini Selamba Reject Job

Baru-baru ini perkongsian pelakon Rita Rudaini menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan ada menerima tawaran daripada sebuah stesen televisyen bagi tujuan promosi.

Menerusi entri itu, Rita turut meluahkan rasa pelik apabila diberikan tawaran tersebut sedangkan masih belum menerima suntikan vaks1n lagi.

Bagaimanapun, Rita enggan menerima tawaran berkenaan kerana enggan menjadi punca k3s Cov1d-19 serta membahayakan nyawa orang lain.

Malah, Rita turut menegaskan dia tidak akan menerima sebarang kerja baik online atau offline kerana tidak mahu ditudvh menjadi penyebab punca kenaikan k3s.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)


Dalam pada itu, Rita sempat menyindir stesen televisyen berkenaan kerana tidak berfikir panjang sebelum membuat keputusan.

“Tu laaa… Lain kali pikiaq panjang-panjang, pikiaq cerdik-cerdik sebelum buat apa-apa keputusan… Pastu bila nak guna kita, terhegeh-hegeh pula.. Ada hati ek order Rita Rudaini. Lain kali jangan BOD0H SOMB0NG,” tulisnya.

Terdahulu, Rita mengakui tidak kisah namanya digugvrkan daripada mana-mana drama termasuk drama 100 episod kerana belum mengambil vaksin.

Sumber:ROTIKAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *