“Comelnya..” Bunda Hetty Dah Jadi Nenek! Afifah Selamat Bersalin. Sekali Tokti Masuk Komen

Penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang mengucapkan rasa syukur selepas anak perempuannya, Afifah Qomariah Yusuf selamat bersalin.

Khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Hetty atau lebih mesra dengan panggilan bunda menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.

Tidak hanya mendedahkan wajah cucundanya, bunda juga turut berkongsi nama pilihan bayi comel itu.

“Alhamdullillahirobilalamin… Telah lahir ke dunia cucu bunda dari @afifahyusuf dan @faldoarsnd, Arlo Astrodistira Arsanda, 11 Agustus 2021, pukul 08:33, berat 3.11kg.

“Selamat sekali lagi untuk kedua ayah dan ibu baru. Ibu yang kuat, sihat, semua mendoakan mu nak. Lancar persalinannya, bahagia sekali lihat babynya sihat-sihat,” coretnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, penyanyi kesayangan negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza juga tidak ketinggalan

menyampaikan ucapan tahniah buat bunda sekeluarga.

Afifah dan suaminya, Faldo Arsa Da Aziz berkahwin pada 21 November 2020 di Jakarta dengan sekali lafaz.

Afifah sebelum ini bertunang dengan Faldo sekitar Jun 2020 dengan mengikut protocol kesihatan berikutan pandamik yang melanda seluruh dunia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *