“Cantik Bakal Pengantin Ni”, Uqasha Senrose Berbusana Cantik Dipuji!

Pelakon jelita dikenali sebagai Uqasha Senrose ini sudah pun bertunang dengan kekasih hatinya iaitu Kamal Adli. Belum mended4hkan tarikh sebenar akan menamatkan zaman bujang, kedua-dua pelakon sama cantik dan sepadan ini terus mendapat perhatian ramai.

Apatah lagi apabila baru-baru ini Uqasha Senrose memuat naik beberapa perkongsian dirinya memakai busana cantik serba putih bak pengantin. Memang cantik betul selebriti ini yang berkongsikan foto dan video tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Berikut adalah beberapa perkongsian Uqasha Senrose berbusana cantik bersiap bak pengantin ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Makin berseri-seri nampaknya Uqasha Senrose ini! Bila bersiap dengan pakaian dan solekan lengkap seperti pengantin ini ramai yang dapat membayangkan Uqasha Senrose pada hari penuh bermaknanya itu nanti. Setiap perkongsian dari Uqasha Senrose ini telah meraih lebih 100 ribu likes.

Apa-apa pun pastinya peminat pasangan ini tidak sabar menantikan hari bahagia Uqasha Senrose dan Kamal Adli nanti. Didoakan mereka cepat naik pelamin dan hubungan berkekalan hingga ke akhir hay4t.

Perkongsian Uqasha Senrose berbusana cantik bak raja sehari ini telah membuatkan warganet meninggalkan kata pujian mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Cantik bakal pengantin nieeee..Like you much Uqasha Senrose”

“Anok patung ke ni?? Lawooo dohhh”

“Cantiknya kalau abang Kamal ada sebelah lagi letup”

“Awww cantiknya pakai baju putih. Mana prince charming Qasha ni”

“Cantiknya baju Uqasha”

 

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *