“Bilik Asing-Asing Ke?” – Janna Nick Kngsi Video Gembira Prcutian Brsama Dini, Tpi Lain Pula Yg Dipersoal Netizen…

Pelakon Janna Nick berkongsi sebuah video gembira ketika bercuti di luar negara bersama kekasihnya, Dini Schatzmann baru-baru ini.

Dalam video yang dikongsi di Instagram itu, Janna dan Dini kelihatan menari ceria berdua di beberapa lokasi menarik.

“My best travel buddy,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza. Ramai yang tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan pelakon itu.

Namun, ada juga yang seakan tertanya-tanya sama ada Janna dan Dini tinggal di bilik berasingan selama bercuti di luar negara itu.

“Seronoknya travel merata berdua, bersemut handphone,” tulis netizen.

“Bilik asing-asing ke?” soal pengguna Instagram yang lain.

“Kehulu kehilir, mampu menikah tapi tak menikah, Allahu hati-hati jangan sampai Allah murka,” tulis seorang lagi netizen.

“Tidur sekali ke pergi travel? Ke bilik asing-asing?” tulis netizen lain.

“Bilik mesti asing-asing kan,” tulis yang lainnya.

Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama @kissyanick tampil membalas beberapa komen.

Menurutnya, kunjungan Janna dan Dini seperti yang dilihat ramai itu turut disertai pasukan produksi sekitar 16 orang.

Malah menerusi tinjauan Gempak juga, Janna ada memaklumkan dia akan ke luar negara atas tujuan kerja pada 14 Disember lalu.

Apapun, kita tidak seharusnya menilai seseorang daripada luaran ataupun perkongsian di media sosial semata-mata, kerana apa yang dipaparkan bukanlah keseluruhan tentang kehidupan mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *