November 29, 2021

Bekas Suami Ajak Makan Akui Masih Sayang, Mengalir Air Mata Isteri Teringat Kenangan Lama

UMUM mengetahui bahawa perceraian memberi kesan kepada sesebuah institusi kekeluargaan, lebih-lebih lagi kepada anak-anak. Perceraian ibu bapa yang kadangkala membawa kepada perebutan hak penjagaan anak mengakibatkan gangguan emosi kepada anak-anak.

Namun begitu, ramai juga pasangan yang berjaya mengorbankan ego dan dendam demi kebajikan anak-anak. Tidak dinafikan bukan mudah untuk pasangan yang sudah berpisah menjalani hidup bekerjasama dalam hal melibatkan kepentingan anak-anak.

Begitu juga berlaku kepada seorang wanita ini yang terharu apabila bekas suami masih menghubungi dan mengajaknya untuk keluar makan walaupun sudah membawa haluan masing-masing.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, @amira.assaid memuat naik satu video memaparkan momen bahagia sepanjang ‘dating’ berdua dengan bekas suami termasuk menikmati makanan di sebuah restoran.

Video

Menerusi video berdurasi 39 saat itu, Amira turut merakam tindakan bekas suaminya yang meletakkan ‘car seat’ milik anak sulung mereka di bahagian penumpang hadapan selain bertanya sama ada lelaki tersebut masih menyayangi dirinya.

“Bekas suami ajak keluar makan tapi kan, dia letak car seat anak kami kat depan. Pastu i tanya, you sayang i lagi tak? ‘Mestilah sayang’.
“Time ni i dah sebak sebab mula teringat kenangan lama kami. Terima kasih bahagiakan i, i doakan you bahagia selalu. Jaga anak kita baik-baik,” luah wanita berusia 23 tahun itu.

Meskipun tidak lagi bergelar suami isteri, jika dilihat ternyata mereka masih mempunyai perasaan sayang namun harus percaya dengan takdir ditetapkan Allah SWT.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat hubungan baik pasangan itu dan mendoakan Amira serta bekas suaminya dapat kembali bersatu demi cahaya mata.

Bagaimanapun, ibu tunggal anak satu tidak berkongsi lebih lanjut mengenai punca atau tarikh mereka berpisah. Moga kedua-duanya menjalani kehidupan masing-masing dengan bahagia di samping zuriat tercinta!

 

Sumber : malaysiatimes

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *