Baru Je Sebulan Adiknya Kahwin Dgn Teuku Ryan, Ini Luahan Perdakwah Terkenal Oki Setiawa Dewi

PENDAKWAH selebriti terkenal dari Indonesia, Oki Setiana Dewi akui seronok melihat adiknya iaitu Ria Ricis yang kini bahagia selepas berkahwin dengan Teuku Ryan.

Menurut laporan Tabloid, Oki bagaimanapun berkata dia mula merindui adiknya yang dahulu yang menjadi tempat bermanja.

Berkongsi cerita keakraban mereka, Oki dilihat tidak mampu menahan sebak hingga menitiskan air mata.

“Ria Ricis selalu sangat Whatsapp saya jika ada apa-apa, walau hal kecil-kecil,” kata Oki semasa temubual di sebuah program di YouTube.

Mendengar luahan ikhlas Oki itu, Ria menjelaskan dia jarang menghubungi kakaknya kerana lebih banyak berkongsi cerita dengan suami.

Malah, Ria juga dilihat terharu dan menangis mendengar luahan kakaknya itu.

“Bukan… sebenarnya sekarang lebih banyak cerita sama abang (Ryan),” jawab Ria Ricis.

Ria Ricis dan Teuku Ryan berkahwin pada 12 November lalu.

Populariti Ria Ricis naik mendadak selepas kahwin Teuku Ryan… raih ‘subscriber’ YouTube teramai kalahkan Atta Halilintar

SELEPAS beberapa tahun memegang gelaran YouTuber paling ramai pengikut atau subscriber di Indonesia, akhirnya kedudukan Atta Halilintar kini dirampas oleh pelakon Ria Ricis.

Menurut laporan Tabloid, Ria memiliki 28.4 juta pengikut meninggalkan Atta yang hanya mempunyai 28.1 juta subscriber.

Ini menjadikan Ria sebagai YouTuber paling ramai pengikut di laman berkenaan.

Populariti Ria Ricis naik mendadak selepas dia mengahwini aktor kacak Teuku Ryan pada 12 November lalu.

Ria Ricis rampas kedudukan Atta Halilintar sebagai YouTuber paling ramai pengikut di Indonesia dan Asia.

Hasil semakan mendapati jumlah subscriber saluran YouTube Ricis Official bertambah 100,000 sehari.

Rata-rata peminat mengikuti saluran YouTube ini kerana menyukai paparan sebenar kehidupan pasangan selebriti sama cantik sama padan ini.

Atta sebelum ini pernah memberitahu jumlah pengikut di laman YouTube bukanlah keutamaan baginya.

Malah, dia mengakui senang jika ada YouTuber lain berjaya memiliki jumlah subscriber lebih tinggi dan ramai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: mSTar ,https://bartasangbad.site/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *