Bakar Surat Cinta, Afieq Shazwan Kena Tipυ?

ENGGAN lagi mengenang kisah cinta lama, penyanyi Afieq Shazwan nekad membak4r surat kenangan yang pernah diberikan oleh bekas teman wanitanya.

Babak Afieq membak4r surat cinta itu ditunjukkan dalam video muzik (MV) lagu nyanyian semula Layu Dihujung Mekar yang dimuat naik di YouTube sejak 26 November lalu.

“Ya saya ada bak4r surat dalam MV tersebut. Itu memang betul-betul surat yang diberikan oleh bekas teman wanita saya.

“Surat itu dah bertahun saya simpan tapi dah tak ada guna untuk disimpan lagi… semua janji yang ditulis dalam surat itu telah dimungkiri.

“Saya tak mahu lagi kenang benda lama… biarlah benda lepas berlalu. Siapa wanita itu? Biarlah hanya saya yang tahu!” katanya kepada mStar.

Afieq hanya selesa berkawan dengan Wani Kayrie.

Lagu Layu Di Hujung Mekar versi Afieq itu dimuat naik di saluran YouTube FMC Music dan menjadi trending nombor satu di laman tersebut.

Untuk rekod, lagu ini pernah dinyanyikan oleh kumpulan Rio dan popular pada awal tahun 2000.

Tentang jodoh dan sebagainya saya serahkan pada Allah!

AFIEQ SHAZWAN

PENYANYI

“Mulanya saya menyanyi sekadar suka-suka sahaja tapi tak sangka ramai peminat minta saya menyanyi lagu ini semula. Selepas berbincang dengan syarikat rakaman terhasil la nyanyian semula lagu itu.

“Memandangkan lagu itu ada persamaan dengan kisah saya, jadi feel dan emosi itu memang sampai.

“Alhamdulillah peminat dan pendengar menyukai lagu nyanyian semula saya itu dan mereka meninggalkan komen positif. Itu sudah cukup menggembirakan saya,” ujarnya.

Lakonan Afieq dan Yuna Rahim dalam drama Diari Seorang Suami terima pujian penonton.

Menyentuh mengenai sisi peribadi dan kerjaya, penyanyi berusia 24 tahun ini berkata dia masih belum mempunyai kekasih dan lebih selesa memberi fokus kepada kerjaya seni.

“Sekarang saya single. Hubungan dengan Wani Kayrie pun hanya sekadar kawan. Tentang jodoh dan sebagainya saya serahkan pada Allah.

“Lagi pula tahun ini saya agak sibuk dengan kerjaya. Fokus saya selepas ini nak seimbangkan kerja sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara.

“Alhamdulillah banyak tawaran yang diterima… memang tak jangka karier saya berkembang sangat baik tahun ini. Ini semua rezeki yang Allah bagi, saya bersyukur sangat!” katanya.

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *