
Kuala Lumpur: Paparan yang dimuat naik oleh penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz bercuti di sebuah pulau bersama keluarganya turut menarik perhatian rakan industri, Sharnaaz Ahmad untuk meninggalkan komen.
Menerusi ruangan kapsyen, Azira berseloroh mengatakan membawa diri seketika namun tidak memperincikan lokasi percutiannya itu.
View this post on Instagram
Pada ruangan komen, Sharnaaz meninggalkan komen ‘Panas tu cik kak, gelap satgi’.
Komen itu mendapat perhatian peminat dan pengikut Azira yang mana turut sama mengusik Sharnaaz.
“Tak fahamlah mamu, ‘try’ masuk meminang,” tulis seorang pengguna.
“Sekali yang ambik gambar tu mamu juga,” komen seoarang lagi peminat.
“Gelap pun mamu sayang,” seloroh seorang lagi pengguna.
Umum mengetahui Sharnaaz memegang status duda sejak bercerai dengan bekas isteri yang juga usahawan, Noor Nabila Mohd Noor dua tahun lalu.
Sejak awal tahun lalu, Sharnaaz dan Azira didakwa sedang menjalani hubungan istimewa.
Namun, baik Azira mahupun Sharnaaz, masing-masing tidak mengakui mengenai gosip yang bertebaran itu.
Menerusi beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini, Sharnaaz berkata, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan anggota De Fam itu.
Cuma, dia masih dalam proses mengenali kerana mahu mencari yang terbaik demi anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.
KOMENNYA
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber:hm
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.