Azhan Rani Terlibat Dalam Satu Kem4langan Motosikal, Ini Keadaan Terkini Azhan Rani..

Kuala Lumpue: Pelakon Azhan Rani mengalami  tulang belik4t pec4h, tulang bahu dan rusuk ret4k akibat kemal4ngan motosikal di Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Azhan yang menunggang motosikal berkuasa tinggi berl4nggar dengan sebuah lagi motorsikal dan mengalami kec3deraan tervk di beberapa anggota b4dan.


Rakan baik Azhan yang juga pelakon Beto Kusyairy ketika dihubungi berkata, ketika kejadian Azhan dalam perjalanan ke lokasi penggambaran.

“Alhamdulillah Azhan kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima raw4tan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

“Ketika kejadian Azhan terlebih dahulu dikejarkan ke Hospital Selayang sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta. Ketika diraw4t dia diberikan  ubat tah4n sak1t pada d0s yang tinggi kerana menah4n kes4kitan.

“Setakat ini, apa yang saya dimaklumkan melalui ujian imbasan X-ray yang dijalankan, Azhan mengalami beberapa keced3raan di anggota badan seperti tulang belikat p3cah, tulang bahu dan rusuk ret4k. Kesemua kec3deraan yang dialami adalah di bahagian kiri bad4nnya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Beto, Azhan juga masih menunggu laporan daripada ujian imbasan tomografi berkomputer atau CT Scan untuk mengenal pasti kec3deraan lain yang mungkin berlaku terhadapnya.

“Setakat ini saya hanya mampu bercakap melalui telefon saja dengannya kerana pelawat belum boleh dibenarkan masuk kerana Azhan kini masih dalam bilik kuarantin.

“Saya diberitahu Azhan masih menunggu laporan ujian CT Scan yang dijalankan untuk mengetahui keced3raan yang dialami dengan lebih teliti. Harap-harap tiada keced3raan yang teruk berlaku kepadanya.

“Kepada semua sahabat, kenalan dan wartawan yang cuba menghubunginya secara peribadi, Azhan mohon maaf kerana tak dapat nak jawab segala panggilan dan mesej untuk sementara waktu ini. Namun dia tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HM

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *