Awie Kekal Diperintah B4yar RM80,000 Pada Rozana

PUTRAJAYA – Penyanyi Datuk Awie kekal diperintah membayar g4nti rugi sebanyak RM80,000 kepada bekas isterinya Rozana Misbun atas kecederaan yang dialami wanita itu tujuh tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu (unamious) dibuat panel hakim Mahkamah Rayuan di sini hari ini yang diketuai oleh Datuk Nor Bee Ariffin bersama Datuk S. Nantha Balan dan Datuk Ghazali Cha selepas menolak rayuan Awie,53, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman selaku perayu dalam saman sivil yang difailkan Rozana.

Dalam penghakimannya, hakim Nor Bee berkata Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini yang memerintahkan perayu membayar jumlah itu tidak tersalah arah dalam undang-undang atau fakta atau keterangan.

“Kami (Mahkamah Rayuan) mendapati Mahkamah Tinggi tidak salah dalam mencapai keputusannya untuk mengesahkan keputusan Mahkamah Sesyen. Oleh itu tiada merit dalam rayuan ini dan rayuan perayu dit0lak dengan kos RM15,000,” kata hakim itu dalam prosiding pendengaran rayuan perayu melalui aplikasi Zoom.

Dalam prosiding hari ini, peguam Hazman Harun mewakili Awie manakala peguam-peguam Azlan Abd. Roni, Ahmad Fakhri Abu Samah dan Nasyrah Ezzan Ali mewakili Rozana selaku responden.

Pada september 2018,  Mahkamah Sesyen Shah Alam memerintahkan penyanyi lagu Diambang Wati itu membayar g4nti rugi am sebanyak RM30,000 dan ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 dibayar Rozana.

Dalam saman sivil yang difailkan Rozana selaku plaintif ketika itu, wanita itu nenuntut ganti rugi untuk kecederaan-kecederaan yang dialami yang mana antaranya adalah keretakan pada bahagian tulang rusuk, lebam-lebam di bahagian muka dan beberapa bahagian lain.

Pada Mac 2016, Awie dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang daripada tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana dirumah mereka Ukay Perdana, Hulu Klang pada 2014 selepas membayar kompaun sebanyak RM10,000.

Mahkamah memerintahkan Awie membayar kompaun itu, selepas Awie membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Rozana selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu.

Sementara pada Mei 2016,  Awie, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan terhadap Rozana
di kaunter PNB Jalan Tun Razak, pada tahun sama.

Awie dan Rozana berkahwin pada 20 Jun 2005 dan dikurniakan tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha,. Pasangan itu kemudian berc3rai secara sah pada 1 November 2014. -K!ONLINE

 

Sumber: Kosmo!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *